Thursday, May 15, 2014

Cerita Semalam

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua. Sorry kepada korang sebab semalam tak dapat nak blog walking sesangat sebab aku masih lagi cuti. Sepatutnya kerja tapi disebabkan demam mak semakin teruk dan aku berjaga sehingga pukul 3a.m.. Panas badan mak tak surut-surut walaupun dah tuam badan mak dengan tuala sejuk. Jadinya, tak sampai hati nak pergi kerja.


So, pagi semalam dalam pukul 6.30a.m. dah terjaga balik sebab nak rasa badan suhu badan mak. Aduh, panas lagi. Jadi aku sms bos bagitau aku amik cuti sebab nak jaga mak. Pagi tu juga aku dan kaknyah bawa mak ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Sebenarnya boleh je bawa ke swasta kalau nak cepat, tetapi memandangkan keadaan mak yang tak boleh sesuka hati nak makan ubat, kami bawa ke KKPJ. Itu lebih selamat kerana mak pun dah ada rekod perubatan kat situ.
image: Google

Setelah hampir dua jam berada di klinik, doktor bagitau yang demam mak bukan disebabkan denggi. Alhamdulillah. Cuma sakit perut mak tu mungkin sebab keracunan makanan. Setelah kaknyah selesai ambil ubat, kami terus je pulang ke rumah untuk hantar emak. Selesai hantar mak, aku dan kaknyah sekali lagi keluar untuk belikan makanan. Tak sempat nak masak pun.

Malam semalam, nampak mak macam okay sikit. Mungkin sebab dah makan ubat kot. Lega sikit hati ni. Ye la, nak kerja hari ini..kalau mak tak sihat, susah hati ni. Kalau ofis ni selangkah je dari rumah takpe la. Boleh juga aku ulang alik jenguk mak. Ni, Putrajaya - KL kot. 

Harap keadaan mak hari ni beransur pulih. Aku rindu nak tengok mak sihat balik. Sesungguhnya, tiada yang dapat menggembirakan hati seorang anak melainkan melihat ibu bapanya yang sakit, kembali sihat sepenuhnya. Sayang mak.

Okay...till we meet again

9 comments:

  1. Alhamdulillah, nasib baik ada anak sebaik Ainim...semoga cepat sembuh ye mak Ainim...

    ReplyDelete
  2. betul tu ainim..tiada yg lebih bahagia selain melihat emak sihat walafiat.emak la segalanya

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..semoga mak cepat sembuh...kesian mak

    ReplyDelete
  4. semoga mak ainim cepat sembuh...

    thanks ya sudi join segmen nak url #4, blog anda telah disenaraikan di http://www.mialiana.com/2014/05/senarai-url-blog-4.html

    ReplyDelete
  5. Get well soon as possible lah hihi

    ReplyDelete
  6. semoga mak kak ainim cepat sihat :)

    ReplyDelete
  7. Semoga mak Ainim cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. moga mak kak ainim cepat sembuh..:)
    mungkin rindukan belaian seorang anak kot..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads