Thursday, May 08, 2014

Caffe Bene @ Solaris Mont Kiara

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Ini kisah Jumaat minggu lepas tapi baru teringat nak update. Gini kisahnya. 

Jumaat last week ofis aku memang lengang sebab ramai yang sambung cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari khamis. Aku tak cuti sebab konon nak jimat. Kakak aku kan nak kahwin bulan depan. Jadi aku nak bercuti sakan time tu. Eh? Hahaha

Jadi tengah hari waktu rehat tu, aku dan seorang rakan, Diyana ambil peluang ni untuk melakukan Korean food hunt edisi kami. Haa..takde la jauh mana pun kami pergi. Setakat Solaris Mont Kiara tu je yang gila punya dekat dengan ofis aku. Jalan kaki pun sampai tapi peluh-peluh jugalah ek. 

Tujuan asal sebab nak ke Caffe Bene. Bukan Coffee Bean bukan Kona Bean tau, Caffe Bene. Kalau korang peminat Running Man mesti tau yang kunjungan Kwang Soo awal tahun haritu dia rasmikan cafe ni. Aku pernah ke Caffe Bene ni sekali tapi masa tu kat Sunway Pyramid. Kempunan nak makan patbingsu sebab ramai sangat orang.

So, bila aku dapat tau yang Caffe Bene ada dibuka di Solaris ni, laju je aku ajak Diyana yang kaki korea macam aku juga. Disebabkan masa tu tak ramai orang which is bukan waktu rehat bagi company swasta, kitorang dapatlah tempat duduk DAN merasa juga makan patbingsu tu. Aku pilih Cookies & Cream Bingsu manakala Diyana pilih Patbingsu (organic).

Aku bagitau korang awal2 yang patbingsu ni dijual dalam dua pilihan sama ada Single or Double. Aku suggest korang yang datang berdua tu pilih single dan share la sesama korang sebab single size dia pun banyak sangat. Kalau double tu boleh makan empat orang tau. Ada beberapa pilihan selain yang kami pilih ni. 

Caffe Bene ni konsepnya lebih kurang sama dengan coffee shop yang lain tapi ni versi korea dan menu pun agak berbeza compare tu Starbucks, The Coffee Bean, Kona Bean atau yang seangkatan dengannya. Kalau dari segi makanan semuanya dalam size yang besar jugalah. Cara nak pick up order pun berbeza tau. Bila kita dah membuat pesanan dan bayaran, kita akan diberi satu big button ke macam buzzer pun ya. Nanti bila kat pick up counter tu, buzzer tu akan bergetar bila tiba giliran order kita siap. Haa..yang ni aku suka.

Selain layanan yang bagus dan cepat, harga pun kira okay lagi kot walaupun kategori macam Starbucks tu juga harganya. So, kalau korang nak try ABC versi korea ni, korang bolehlah ke Caffe Bene. Serious, memang sedap. :) Kat bawah ni alamat Caffe Bene Solaris Mont Kiara.
Okay...till we meet again

18 comments:

  1. Aishh nampak sedapla ainim..kalau mkn time tegahari fuhhh sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya, kita makan time tengah hari..memang hilang dahaga

      Delete
  2. Wahh pagi2 duk update mcm dessert mmg terliur lah kan...huhu.. dulu keje kt MIHAS boleh la slalu lunch sana.. ni duk Putrajaya xtau nk pi mana.. klau g Alamanda asyik situuu je..jemu dh.. penuh orang lak tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Aini duk Putrajaya juga ke? Saya pun duk putrajaya tapi selalu lari keluar ke tmpt lain sbb jemu pegi alamanda

      Delete
  3. Replies
    1. set date set date..haha..bila nak gi ni?

      Delete
  4. salam. wow..nampak sedap sungguh!
    btw menabung ribena kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Itah. Alhamdulillah, memang sedap

      Delete
  5. Replies
    1. Normi, memang sedap. manis pun gitu2 je

      Delete
  6. hmmm... dia macam ABC ya? Sedapnya...
    oh ya... hari cuti umum boleh nak kerja? baru tahu macam tu... ingat semu akena paksa cuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ni ABC korea. memang sedap. kalau terlebih rajin keje la jawabnya. hihihi

      Delete
  7. amboi2 .. sedapnya, terliur pulak mama nak rasa ni.. yummy!

    ReplyDelete
  8. memang nampak sangat2 menarik la :) terliur tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom set date dengan sally..kita gi sama2 nak?

      Delete
  9. laaa..macam ais krim ke kak??
    ingat makanan ape la tadi..

    ReplyDelete
  10. akk buat orng terliur.. hehe

    ReplyDelete

My friend say: