Friday, May 23, 2014

Bukan Senang Nak Cari Idea

Assalamualaikum...

Hi korang. Buat apa tu? Tengah create entri baru ya? Samalah macam aku ni. Cuma kali ini nak cerita sikit soal blogging. Kita kan blogger part time, kenalah sesekali bercerita soal blog kekdahnya.

Korangkan, biasanyalah kalau nak update entri, time-time tengah blogging taip entri baru pastu terus publish ke atau simpan dulu pastu baru publish. Selalunya macam mana korang buat? Bila ek selalunya korang akan ada idea untuk tulis entri baru?
image : Google
Jujur cakaplah, aku sendiri pun kadang-kadang pening nak tulis entri baru. Ye la, kita ni kan part time blogger je. Dengan bekerja seharian di pejabat. Aktiviti harian pun takdelah hebat manakan. Nak kata hadiri mana-mana event atas kapasiti blogger pun jarang kan. Lagilah kadang tu pening nak create entri baru. Memanglah namanya blog personal tapi kalau hari-hari dok cerita kisah peribadi je, ada ke orang setia nak membaca? Huh?


Haa..itulah soalan yang selalu bermain dalam fikiran aku. Nak jadi blogger ni nampak je senang. Sign up Google, create satu blog, dah jadi blogger. Tapi nak maintain as a blogger tu, bukanlah kerja yang mudah. Kena sentiasa pastikan blog sentiasa ada entri baru. Kena pastikan blog ni tak menjadi punca terhasilnya gosip murahan. Lepas tu, kena jalankan sesi blog walking. Kena ada interaksi dengan rakan blogger yang lain. Haa..siapa kata senang?


Tapi yang aku nak sentuh cuma part entri tu je. Hehe. Aku ni kalau dah takde idea nak cerita, mulalah mencari info kat internet ni. Apa-apa info yang aku rasa boleh share dengan korang. Walaupun ada yang mungkin akan cakap ianya sebagai iklan percuma, tapi aku tak rasa itu salah. Kenapa? Sebab bila aku share, at least aku dapat juga trafik kalau ada carian di internetkan. Manalah tahu, keyword yang blog ni guna ternaik pulak. hehehehe

Lagipun, apa yang aku share tu, selalunya sebab aku sendiri pun akan terjah juga event tu. Ahaha. Kalau dah takde sangat idea, aku letak je la gambar yang best pada mata aku. Kalau tak best kat mata korang, mohon ampun ya. So, dengan ini aku dapat lagi creata satu entri dikala tengah buntu nak cari idea baru. Haa..dalam takde idea pun boleh juga tulis entri kan. Asal tak merapu kelaut sangat sudah ya. Hihihi

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. Samalah kak.. nik pun kadang blur nak up entry.. tapi bila dah ada idea cepat2 nik taip takut nanti idea lariii..haha

    ReplyDelete
  2. same la.. ade 13 entry masih draft lagik.. tak habis2.. ade yang dah berbulan2 tersadai.. last2 idea last minit gak publish.. haha

    ReplyDelete
  3. Btol tuuu.. huhuu.. lagi xbleh blaaah kalo dah ada entry bila nak post.. tenet wat hal.. sob..sob..

    ReplyDelete
  4. betul kadang2 punya la cari idea... bila takde idea terhasil la doodle spontan dana bercerita pasa doodle tu... hihi^^

    ReplyDelete
  5. ikut mood jgak.. kadang2 banyak sangat idea datang, kadang2 1 adea nk menulis pun x de..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak, sape kata jadi blogger ni senang..
    banyak benda dia kena ikuti..
    Bukan setakat update entry aje kan..

    ReplyDelete
  7. Setuju. Nak jadi blogger tue senang tapi nak maintain jadi blogger sangat susah. Kadang-kadang otak kosong tak tahu nak tulis apa, tapi kadang-kadang idea bertimbun tak tahu nak taip yang mana dulu.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads