Tuesday, May 06, 2014

Bersantai di Salun Du Chocolat

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua. Sihat ke? Rasanya blogspot aku ada masalah semalam sebab entri dedikasi khas untuk Asha Lya baru nampak dalam reading list pukul 12.30am tadi. Sedih kita tau. Xpe...harap hari ni okay. Dah..jom mulakan cerita.


Semalam petang, hujan turun dengan sangatlah lebatnya. Siap dengan petir dan guruh sekali. Keadaan diluar pejabat kami dah macam pukul 730pm. Memang gelap. Tetapi disebabkan aku dah plan dengan adik-adik aku nak ke Publika, kami teruskan juga niat kami tu. Tujuannya sebab nak jumpa Syafreena yang susah nak jumpa kalau hari biasa. Dia busy. So, kami set la jumpa petang semalam. Venue macam biasalah, Publika tu ha. Sebab paling dekat dengan ofis.

Sampai je kat Publika, kami terus je menuju ke Salun Du Chocolat. Syaf yang recommend tempat ni. Actually, kami dah biasa lalu lalang depan kedai ni tapi tak masuk je lagi. Dah alang-alang Syaf ajak, kitorang pun apa lagi, masuk je la.

Kedatangan kami disambut oleh pemilik restaurant tu aku rasa. Terus diberi menu. Haa..tak sempat duduk ko. Bagusnya sebab service cepat walau ramai orang. Itu aku suka. So, kat bawah ni adalah apa yang kami order. Oh ya, airnya setakat air mineral je sebab dah makanan semua berasaskan coklat.
Gambar no 1 tu, Crispy Rice. No. 2 Crunchy (sama macam Crispy rice cuma ada ais kerim). No.3 tu Waffle stick dan No.4 Donut. Semuanya disaluti chocolate yang sedap dan sangat authentic rasanya. Ummpp..yummy yummy.

Harga kat Salun Du Chocolat ni tak terlalu mahal if compare to Dip n Dip dan Chocolate Lounge kat D Curve tu. Oh ya, Chocolate Lounge dah takde rasanya skang ni. Cumanya menu dia tak banyak sangatlah. Tapi boleh jamin rasanya sangat sedap. Tak tipu.

Selain harga yang lebih murah, menarik kat Salun Du Chocolate ni, korang hanya bayar harga makanan je tau. No service charge and no tax. So, memang berbaloi sesangatlah makan kat sini. Kalau nak repeat lagi pun boleh ni.

Ni alamat Salun Du Chocolat tu.
Solaris Dutamas, 1 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

So, kalau korang datang ke Publika, bolehlah singgah ke Salun Du Chocolat ni. 
Biasalah, sebelum balik mestilah bergambarkan. Tambah sekarang ada monopod.

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. Perghhh..Ainim..Donut tu mengiurkan saya..hoho

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yes sally..tak rugi spend duit makan kat sini..hahaha

      Delete
  3. wow. gila kentang ah alaa nak gakkk hihihi.
    p/s kak ainim hihihi.
    congo bars tu mcm brownies pun ada choc chip cookies pun ada. dia mcm cake version hihi

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads