Friday, May 16, 2014

Adik Beradik Ustaz

Assalamualaikum...

Korang buat apa tengah hari ni. Aku nak keluar sikit lagi. Nak gi lunch kejap dengan adik comel aku, Syafreena. Dari semalam dah plan. Aku pun ada nak survey sesuatu ni sebenarnya. Dah, jom mula cerita. 
Image: FB Ustaz Kazim Elias
Ini gambar semalam. Aku saja download daripada Facebook Ustaz Kazim Elias. Aku memang suka sangat dengan ustaz Kazim ni. Rasanya bukan aku sorang je, adik kita Dayang Deno pun suka juga dengan ustaz ni. Ustaz Kazim bergambar bersama abang beliau, Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin Elias. 

Sebenarnya, aku terlebih dahulu kenal dengan Ustaz Najmuddin ni berbanding dengan ustaz Kazim. Kisahnya, ustaz Najmuddin ni dahulu masa zaman aku sekolah rendah sampailah sekolah menengah selalu beri ceramah dinegeri Perak dan ceramah beliau selalu disiarkan di radio Perak Fm. Arwah abah aku kan lumpuh. Jadi, kehidupan harian arwah abah memang dihabiskan dengan mendengar radio dari pagi sampai malam memandangkan arwah abah pun tak nampak (buta). Haa..disebabkan arwah abah yang memang setiap masa dengar radio tu la aku kenal Ustaz Najmudding ni.

Radio perak pulak dulu, memang setiap pukul 1.30pm dan 6.30pm akan ada ceramah agama yang siap dirakam. Bukan setakat Ustaz Najmuddin je, banyak lagi ustaz yang aku kenal melalui radio ni la. Tapi sekarang ni aku tak sure masih dikekalkan lagi ke tak slot ceramah ni.

Kisahnya, Ustaz Kazim ni pulak aku tersalah sangka. Aku ingatkan dia ni Ustaz Najmuddin. Tapi suaranya tak selembut Ustaz Najmuddin ni. Tapi seronok dengar ceramah beliau yang sangat bersahaja. Kata orang, setiap insan itu ada aura yang tersendiri. Ustaz Kazim sekarang ni memang sangat popular dan disukai ramai. Family aku cukup suka tonton "Kalau Dah Jodoh" tu. 

Oh ya, lupa pulak. Gambar ni aku share sekadar mengagumi dua beradik ini yang sama-sama bergiat di dalam dunia dakwah. Doa aku, semoga ustaz berdua ni sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat teruskan usaha dakwah mereka. 

Wallahualam

20 comments:

  1. akak pun suka jugak dengan ustaz nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Kak Aida...saya mmg suka sgt ustaz berdua ni

      Delete
  2. salam. sy suka ustaz Don hehehee

    salam jumaat ainim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Itah.
      Akak pun suka juga ustaz Don

      Delete
  3. ustaz ni mmg bersahaja...sally pun suka dok depan TV time ni..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sally..kita kalau tgh iron baju pun kuatkan sound tv

      Delete
  4. baru2 ne UKE turun brunei bagi ceramah. Alhamdulillah sambutan in my country sgt menggalakkan hehe.

    ReplyDelete
  5. salam jumaat...
    saya pun minat dengar ceramah UKE...sempoi jer kan.

    ReplyDelete
  6. lya pun suka dgr celoteah ustaz kasim elias..menarik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Lya, menarik sgt. dia sgt bersahaja

      Delete
  7. Errmm... better dia jadi penceramah bebas jer dari ceburkan diri dengan politik... byk contoh dah ustaz2 ustazah yg cebur politik pastu terus di blacklist oleh penonton yang tidak sealiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Idah, saya tak pernah pandang aliran politik seseorg penceramah tu kak krn pd saya itu adalah hak individu. Bila berkait soal agama, sebaiknya jgn terlalu mencampur adukkan hal politik. Kita bukan hendakkan orgnya tetapi ilmu yg ada pd dia itu yg penting. Sedangkan penceramah bebas diluar sana pun ada pandangan politik mereka cumanya tak ditonjolkan. Jgn jadikan perbezaan aliran politik sbg batas utk kita menuntut ilmu selagi ianya tak melanggar tuntutan syarak. Wallahualam

      Delete
  8. Saya pun suka tgk klu dah jodoh . beruntung ibu bapanya , dapat pahala ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. QV, itulah kelebihan arwah ibu bapanya. Inshaa Allah, bnyk pahala mereka

      Delete
  9. as salam. baru perasan yg mrka ni adik-beradik. cuma abgnya yg popular dulu..

    ReplyDelete
  10. Ramai pndakwah gak yg adik beradik berdakwah..

    ReplyDelete
  11. suka dengar ceramah Ust Kazim...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads