Monday, May 19, 2014

Ada Apa Dengan Hari Isnin?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bersiaran dengan blog kesayangan beta ini. Hahah..okay..serious sikit. Ada yang cuti ke? Selamat bercuti ya. Jom mulakan cerita.

Macam biasa, 'No Monday Blues' ek. So far, Alhamdulillah..syndrom monday blues jarang sangat kena kat aku sebab aku ni jenis yang redah je. Hari apa pun, kalau dah malas, malas jugalah kan. Kalau dah rajin, rajin jugalah. Apa yang penting kerja jalan. Hihihi...

Ada apa dengan hari Isnin ni? Hmm..aku confirm korang dah tau tapi rasanya tak salah kalau aku nak juga share berkenaan dengan hari Isnin ni.
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".
Huraian Hadith: 
Huraian:
1) Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

2) Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 32 yang maksudnya : "..dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah satu kesan daripada sifat-sifat hati yang bertaqwa kepada Allah"

3) Rasulullah SAW adalah merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan kelahiran Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW ini kerana ia akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunahnya.

4) Mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulidurrasul adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam kerana Allah sendiri telah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

5) Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulidurrasul SAW. Di Malaysia, era 50an hingga 80an sambutan ini dilakukan dengan cara tradisional seperti berzanji, tilawah al-Quran, tahlil dan sebagainya. Namun perkembangan semasa telah mempengaruhi acara sambutan tersebut kepada bentuk baru seperti dengan mengadakan nasyid, forum, ceramah, perarakan dan sebagainya. Tujuannya tidak lain melainkan untuk memperingati, mengagungkan, dan memuliakan Rasulullah SAW.

Sumber: SINI

Istimewanya hari Isnin ni kan? Aku memang tabik spring kepada mereka yang rajin puasa sunat hari Isnin tu. Jujur cakap, aku sendiri jarang buat dan itulah antara kelemahan diri yang serba kekurangan ni. Kepada korang yang selalu memuliakan hari Isnin ni dengan berpuasa sunat, semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan semoga aku juga akan diberikan kekuatan dan dorongan untuk melakukannya juga. Mudah-mudahan ya.

Wallahualam...

13 comments:

  1. samalah ngan akak dik. kalau malas tu x kira hari. hehehe. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing kakk..
    eiqa pun jarang buat puasa sunat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Eiqa..samalah kita dik

      Delete
  3. betapa hebatnya hari isnin.. tp kita nak bermalas-malasan plak.. astraghfirullah hal azim..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads