Thursday, April 24, 2014

Shrimp Po Boy Sandwich Gaya AinimRashihah

Assalamulaikum...

Korang!!! Rindunya kat korang!!!....berapa hari tak ada entri baru. Sorry ek. Tuan blog MC 3 hari termasuk hari ni sebab sakit. Ni pun baru balik dari hospital. Ambil sample dan darah. Doktor bagi MC hari ni sebab ambil sample tu sakit. Ni pun tahan je rasa sakit dan pedih.

Jom mula cerita. 
Kalau tengok tajuk entri tu, sebenarnya ada kaitan dengan entri aku sebelum ni kat SINI. Oh ya, begini...sebenarnya kisah ni dah lama nak cerita tapi aku ni kan kadang2 pelupa. Bila belek photobucket baru aku perasan yang entri sandwich tak abis cerita.

Dalam minggu yang sama aku cakap teringin nak makan sandwich tu, kakak aku datang dengan family dia. Makanya, ada la anak buah aku yang seorang tu. Biasalah, dapat makcik kadang perangai serupa bebudak, seronok je la nak melayan anak buah. Dah kita layan dia, dia kenalah juga layan perangai kita. Aku ajak dia jenjalan ke Alamanda dengan tujuan nak beli barang untuk buat sandwich.

Sandwich yang aku nak buat ialah Shrimp Po Boy tapi dengan resipi dan citarasa tekak melayu aku. Kalau nak ikut resipi sebenar, mau aku tak larat makan  kot sebab bahan dia very unfamiliar dengan aku. So, aku buat dengan cara udang tu aku goreng salut tepung. Bahan- bahan lain macam salad, mayonnaise dan roti. Aku tak letak tomato sebab aku tak berapa gemar tomato segar. Heheheh

Makanya, setelah hampir sejam main dengan tepung dan telur bersama anak buah aku sambil menggoreng udang tu, siap juga akhirnya Shrimp Po Boy Sandwich kami. Sedap tapi roti tu je tak best sebab kulit dia liat. Rasanya aku kena beli roti lain lepas ni. Aku ada hasrat nak buat lagi ni tapi tengok keadaan dulu.

Okay...till we meet again 

16 comments:

  1. anim buat untuk akak satu boleh? tapi bila anim oklah... I miss you adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dah berjaya menguli doh ya kak
      Miss you too kak

      Delete
  2. lama simpan entry kak oii..hehehe

    ReplyDelete
  3. cian ainim tak sihat..jaga kesihatan...nampak sedap :D

    ReplyDelete
  4. wow anim lain dari yang lain ni :)

    ReplyDelete
  5. nyumm.. buat minum petang ni pon sodapp.. hehehe..

    ReplyDelete

My friend say: