Saturday, April 26, 2014

SEDA LEO Sabah

Assalamualaikum…

Bertemu lagi semua. Ewah, dah macam segmen kat TV je gayanya kan. Korang mesti perasan aku selalu je cerita pasal Sustainable Energy Development Authority Malaysia atau singkatannya SEDA Malaysia. Kenapalah aku suka cerita pasal SEDA ni kan. Mestilah bersebab semuanya tu. Paling penting, sharing knowledge sesama kita.

SEDA Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 September 2011 dibawah Akta Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726] yang berperanan untuk mentadbir dan mengurus pelaksanaan mekanisme Feed in Tariff (FiT) dibawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharu 2011 [Akta 725]. SEDA Malaysia beroperasi di Galeria PJH, Putrajaya.

SEDA LEO ialah pejabat kerajaan pertama di Sabah yang mengamalkan Kecekapan tenaga.Dengan berkeluasan 1,182 kaki persegi, pejabat ini berpotensi untuk mencapai 40% penjimatan tenaga melalui lampu dan juga peralatan yang dipasang berbanding bangunan pejabat konvensional lain yang berhawa dingin.



SEDA LEO ini boleh dikatakan sebagai ‘show case energy efficient office’ yang menunjukkan komitmen dan usaha berterusan SEDA Malaysia di dalam sektor tenaga lestari. Apabila SEDA LEO ini beroperasi, barulah contoh melalui tauladan dapat ditunjukkan seiring dengan visi SEDA dalam mempromosikan pembangunan tenaga lestari sebagai sebahagian daripada ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi. Memandangkan tahun 2014 ini merupakan tahun pertama penglibatan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di dalam program Feed-in Tariff (FiT), SEDA LEO dijangka membolehkan SEDA berkongsi mengenai Energy Efficiency untuk perkhidmatan bangunan di Sabah.

Dengan wujudnya SEDA LEO ini, ia dapat menjadikannya sebagai rujukan dan contoh bagi agensi kerajaan, kontraktor dan juga ‘building services professionals’ dalam mereka bentuk bangunan yang bercirikan cekap tenaga. Selain dianggarkan dapat menjimatkan tenaga sebanyak 9,660 kWh dengan total amount RM 3,800, ia juga dijangka dapat menjadi ‘capacity building platform’ khusus buat para penggiat industri.

Jom semak apa ciri-ciri yang melengkapi SEDA LEO ini




Bagi mewujudkan satu persekitaran cekap tenaga ini, pastinya ada satu team kerja yang bertanggunjawab dalam melaksanakannya. Kat bawah ni aku share siapakah mereka-mereka ini.



Sekadar nak beritahu korang, bermula 2 Mei 2014, permohonan kuota Feed-in Tariff (FiT) akan dibuka melalui permohonan atas talian e-FiT. Perrmohonan ini adalah bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memohon ya. Kalau perlukan bantuan dan juga bimbingan, bolehlah berhubung dengan SEDA Malaysia atau layari laman web SEDA Malaysia di pautan www.seda.gov.my

Okay…till we meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads