Wednesday, April 16, 2014

Pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) Malaysia 2014

Assalamualaikum…
Image: SEDA Malaysia
Rasanya mungkin ada dikalangan kalian yang sudah tahu dan mungkin juga ada yang terlepas kot berkenaan dengan pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) 2014 baru-baru ini. Pengumuman dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Y.Bhg Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili pada 1 April 2014.

Berikutan penangguhan pengumuman yang diumumkan oleh YB Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri KeTTHA pada ISES 2014 yang lepas, ini bagi membolehkan pihak SEDA Malaysia melakukan penelitian dan penambahbaikan untuk kuota FiT 2014.

Di dalam usaha untuk mengembangkan pemanfaatan sumber Tenaga Boleh Baharu di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah merangka ‘National RE Policy and Action Plan (NREPAP) yang kemudian diluluskan oleh Kabinet pada 2 April 2010. Rangka kerja utama NREPAP ini adalah dalam implementasi Feed-in Tariff (FiT) yang diperkenalkan pada 1 Disember 2011 di Semenanjung Malaysia dimana kadar caj tambahan 1% ke atas bil elektrik yang akan disumbangkan ke Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi menyokong program FiT ini.

Image: Google
Mulai 1 Januari 2014, Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan buat pertama kalinya telah mengambil bahagian dalam program Feed-in Tariff ni dimana surcaj 1% ke atas bil elektrik mencecah RM77 sebulan atau 300 kWh bagi pengguna domestic di semenanjung dan RM69 sebulan bagi Sabah dan W.P Labuan. Namun begitu sejajar dengan kenaikan tariff elektrik yang lalu, surcaj ini juga telah dinaikkan kepada 1.6% seperti yang aku pernah cerita dalam entri INI.

Oh ya, berkenaan dengan pengumuman Kuota Feed-in Tariff (FiT) 2014, ianya akan dibuka untuk permohonan pada 2 Mei 2014. Menariknya, total kuota FiT 2014 diperuntukkan bagi operasi komersial sehingga akhir tahun 2014 ialah sebanyak 65 MW yang merangkumi biogas, biomass, biomass (solid waste), small hydro, solar photovoltaic (PV) for the individuals, solar PV for the non-individuals, dan satu kategori baru iaitu solar PV komuniti.

Selain daripada itu, bersempena dengan penyertaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kuota solar PV khas disediakan sebanyak 5MV bagi ‘non-individual application’ untuk Sabah dan bagi Wilayah Persekutuan Labuan kuota yang diperuntukkan adalah bagi permohonan kapasiti yang melebihi 425kW sehingga 2MW. Jadi bagi penggiat industri yang berminat, bolehlah buat permohonan ya. Menarik sangat tawaran ni.
Sumber : SINI

Program Kuota FiT 2014 ini ditadbir dan dilaksanakan oleh SEDA Malaysia dan permohonan boleh dibuat mulai 2 Mei 2014. Sebenarnya panjang kenyataan Menteri KeTTHA ni kalau aku nak cerita kat sini satu persatu. Kalau korang nak lebih detail, boleh ke laman web SEDA Malaysia. Kalau nak apply kuota FiT ni pun boleh dibuat di laman web SEDA Malaysia melalui pautan www.seda.gov.my

Okay…till we meet again.

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads