Tuesday, April 15, 2014

Hai lah Poslaju

Assalamualaikum...
image: Google
Dah lewat sangat ni kan baru aku dapat online blog. Hari ni juga hari terakhir aku bercuti sebab esok dah start kerja balik. So, kehidupan akan back to normal. Oh ya..aku ada la juga nak cerita sikit entri baru tapi kan ni dah lewat ni...aku dah mula mengantuk. Keletihan seharian ni. 

Agak letih hari ni sebab keluar ke Poslaju Putrajaya untuk track parcel aku yang tak sampai-sampai. Bayangkan, aku beli album dari Inteam Mobile since hari Khamis, dah hari Isnin pun tak sampai-sampai sedangkan dalam website Inteam tu dah bagi tracking number. Makanya, petang semalam selepas selesai buat segala kerja-kerja rumah, baru aku sempat check status parcel aku. Rupanya hari sabtu dah sampai Putrajaya TAPI katanya consignment tu tak dapat dihantar sebab takde orang kat rumah. 

Apa yang takde? Kakak dan mak aku ada je kat rumah Sabtu tu. DAN kalau dia kata takde orang, kenapa tak letak slip tuntutan tu? Kat situ aku musykil. So, buta-buta aku datang Poslaju tadi tanpa slip tuntutan sambil buat muka selamba tapi suara aku agak tegas jugalah cakap nak track parcel aku. Ye la, takkan aku nak marah orang kaunter tu kan. Bukan salah dia pun. Dia manalah tau kan kalau posmen tak hantar ke rumah kan? kan? 

Aku bagi tracking number dan suruh dia check. Alhamdulillah, nasib parcel aku ada. So, aku anggap selesai tapi aku ada sedikit rasa tak puashati sebab ini bukan kali pertama jadi kat aku. Beberapa kali jugalah posmen tu buat camni tau. Aku ni tercongok duduk rumah tunggu parcel, sekali dia selit je slip tuntutan tu kat grill pintu. Bila adik beradik aku balik tengok ada slip. Padahal takde pun bunyi loceng ditekan. Isk isk isk...

Tadi pun ada seorang customer komplen sebab sebulan dia tunggu invoice apa tah daripada Poslaju tapi tak dapat-dapat. Sekali orang kaunter tu cakap kena call Customer Care. Kesian customer tu. Last week, blogger Sally Samsaiman pun kehilangan parcel dia semasa dalam proses penghantaran. Jawapan yang Sally terima pun pada aku macam takleh terima. So, siapa yang salah ni? Nasiblah aku masih boleh bersabar lagi. Istighfar je banyak2 ni. 

Aku tak minta lebih tapi hanya perkhidmatan yang bagus dan bermutu je daripada Poslaju. Perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Harus diingat ya, tak semua pejabat Poslaju macam tu. Mungkin ada sebilangan kecil je la.

Sekian luahan hati malam ni. Eh...tetibe je kan. Ahahaha...dah dah..nak off ni. Sempat blog walking beberapa blog malam ni.. akan disambung esok ya.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. tapi ada tak la kan parcel tu...? rasa sakit hati...kang buat rusuhan kat HQ tu baru tau...haaaa...sakit hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar sayang...kalau kita kena lagi confirm buat aduan

      Delete
  2. Susah betol kalau cam tu dik.
    Hadiah dari blogger pun tak sampai kat cik akak.
    Maka dia guna pos laju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak..memang takut pulak dibuatnya

      Delete
  3. samala kat tempat saya...walhal mak saya ada je kat rumah setiap masa...sekrang saya kasi alamat pejabat...nak pulak dia hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama..kerap sangat jadi macam ni

      Delete
  4. ya btl tu..kami pernah buat komplen sblm nie kat pos laju..selepas tu tak ada dah sebarang mslh..memang kena bagitau kalau ada rasa perkhidmatan diorang yang buat sambil lewa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga ya Lya..tapi kita belum la pernah buat complain lagi

      Delete
  5. Huhu...ssh gak cmtu... Bukan pos laju dh klu gtu...

    ReplyDelete
  6. Ralat rasanya kalau jadi begini...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads