Wednesday, April 30, 2014

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia

Assalamualaikum…

Selamat sejahtera semua. Kalau imbas balik entri-entri aku berkenaan dengan Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ni, rasanya banyak juga maklumat yang aku dah share mengenai FiT ini.

Seperti yang korang maklum, Feed-in Tariff (FiT) ini Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.
Image: Google
Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas.

Bagi tahun 2014, Kuota FiT ini telah diperuntukkan sebanyak 65 MW meliputi biogas, biomass, biomass (solid waste), small hydro, solar photovoltaics (PV) for the individuals, solar PV for the non-individuals, dan satu kategori baru iaitu solar PV komuniti. Selain itu, buat pertama kalinya Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut menyertai program Feed-in Tariff dengan pembukaan cawangan SEDA Malaysia di Sabah atau dikenali dengan SEDA LEO SABAH ,sebagai sokongan kepada Renewable Energy Project yang akan dijalankan disana.


Disamping kuota untuk individu dan juga bukan individu, SEDA Malaysia turut memperuntukkan kuota untuk projek komuniti yang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh melalui pelaksanaan program FiT ini. Ia bukan sahaja dapat membantu kita dalam memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga boleh baharu, malah ekosistem akan lebih terpelihara. Lebih menarik, kita juga dapat menjana pendapatan bagi yang mengikuti Program FiT ini selain budaya inovasi dan amalan cekap tenaga dapat diamalkan secara lebih  meluas.

Perlu kita ingat, manfaat program ini, bukan sekadar untuk kita, malah alam sejagat. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi kan? Kalau korang berminat untuk belajar dan memahami lebih mendalam mengenai Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ini, maklumat ini boleh didapati melalui laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my . Banyak sebenarnya program yang telah dan bakal dianjurkan oleh SEDA Malaysia dalam usaha untuk memperkenalkan dan menyedarkan masyarakat mengenai program FiT ini. Selain itu, latihan juga turut diberikan kepada penggiat industry yang berminat  mengambil bahagian dalam program FiT ini.

Diharap, segala info yang aku share sebelum ini, dapatlah membantu korang serba sedikit dalam memahami program FiT secara lebih jelas. Nanti, ada masa aku share lagi ya. Kalau nak baca artikel berkaitan SEDA Malaysia, korang boleh klik kat label SEDAMalaysia.

Okay…till we meet again

1 comment:

My friend say: