Monday, April 14, 2014

10k Langkah Dengan Walking Mate

Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Dah lewat petang ni baru dapat chance nak online. Dua hari ni kita jadi personal assistance untuk mak kita. Al-maklumlah, mak kita kan dalam process untuk sembuh dari minor operation mata last week. Jadi kita dengan kakak kita kenalah gilir-gilir cuti untuk jaga mak. Okay...dah jom sambung cite.

Ini kisah hari sabtu lepas. Sabtu dengan ahad tak dapat online sebab ada hal sikit. Oh ya...sabtu lepas aku dan kembar keluar dengan dua orang kawan kami. Ada aku cite kat entri INI. Jadinya seharian aku dan kembar diluar. Haruslah kerjanya berjalan je kan. Lepas keluar dengan kawan, keluar pulak jenjalan dengan kakak sulong pulak.

Hendak dijadikan cerita...aku ni memang guna Walking Mate daripada applikasi Samsung Galaxy yang bernama S Health. Maka setiap langkah aku apps ni akan detect dan auto count. Korang bayangkan, dari pagi sampai malam, dapat juga mencapai sasaran 10,000 langkah sehari. Huhuhu....yang bestnya siap terlebih lagi. Cayalah aku...tapi untuk hari sabtu tu je la ya. Haaa..hari ahad terkelepet kat rumah keletihan melampau. Tu la, nak aktif sangat dah tak boleh tapi degil juga.

Apa yang aku nak share sebenarnya pasal Walking Mate ni. Bagus tau kalau korang tau berapa banyak korang punya langkah dalam sehari. Menariknya sebab dia akan bagitahu jarak dan kalori yang telah dibakar. Selain itu, ada je fungsi untuk kira pengambilan kalori dalam pemakanan tapi yang tu aku tak buat pun sebab aku tak tau nak kira kalori makanan yang aku makan.

Kalau korang pengguna handphone Samsung Galaxy, jangan lupa guna Walking Mate ni sekali ya. Aku memang sarankan. At least adalah nampak lebih sikit fungsi canggih handphone tu ye tak? hihihi

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. baru tahu pasal ni. hihi. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing ..boleh ler akak download nnti

    ReplyDelete
  3. Pakai hp je ke dik
    Samsung akak tak de kot hihi

    ReplyDelete

My friend say: