Thursday, March 13, 2014

Tip Membuat Penukaran Nama Pada Bil Utiliti dan Cukai Pintu

Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin berkongsi beberapa tips dengan korang. Tips ni takde kaitan dengan kesihatan ya tapi berkaitan dengan urusan penukaran nama pada bil utiliti dan cukai pintu. Bukan apa, rasanya proses ni selalunya kalau tak prepare dokumen yang betul mau lama masa yang di ambil untuk selesaikan urusan. 

Jom semak tips yang berguna ni.

Tip mengurus masa & persediaan sebelum membuat penukaran nama pada bil utiliti dan cukai pintu.
  • Sebelum pergi ke pejabat yang berkaitan, kaji & semak dulu dokumen apa yang perlu disediakan. Dokumen2 yang perlu ada untuk setiap proses. Kalau boleh telefon dahulu setiap syarikat utiliti tu, tanya prosedur syarikat macam mana supaya tidak tersalah bawa dokumen yang diperlukan.
  • Ambil la cuti sehari pun dah cukup. Ambil cuti hari rabu atau khamis kerana lebih senang dan selesa, jangan ambil isnin atau jumaat, bukan apa takut masa untuk selesaikan tu tak cukup. 
  • Sediakan deposit. Paling tidak dlm RM500.00 untuk bil eletrik dan air.
  • Buat salinan S&P dan juga kad pengenalan dalam 3 salinan. 
  • Bagi urusan di TNB, mungkin kena buat mati setem hasil di pejabat tanah atau di pejabat LHDN. Bagi SYABAS, rasanya tak perlu pun tapi kalau negeri lain tu aku tak sure la pula. Korang boleh call dan tanya pejabat tu sendiri.
  • Pergi lah pejabat majlis bandaran dulu, kemudian, baru pergi TNB @ SYABAS, urusan tu boleh siap satu hari.

Tapi pastikan setiap bil dibayar terlebih dahulu sebelum semua proses tu dibuat. So, keperluan untuk menyemak tu perlu ya supaya cuti yang diambil untuk selesaikan urusan tidak dibazirkan begitu sahaja. 

Bila nak selesaikan urusan berkenaan ni memanglah nampak leceh dan remeh tapi nak buat macam mana, itu prosedur setiap syarikat. Setiap prosedur itu ditetapkan bersesuaian dengan keperluan semasa. 

Haa..agak-agak boleh faham ke tips-tips tu? Harapnya dapat membantu koranglah ya. Manalah tau, kot-kot tetiba ada yang tercari-cari info berkaitan ni.

Okay...till meet again

24 comments:

  1. faham tq ainim atas prkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Thanks ainim...bagi mengelakkan berlaku nya masalah penukaran,better ikut tips ainim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak..yang bagi tips ni pun orang tnb sendiri

      Delete
  3. oh, byk prosedur jugak ye? baru tau...tq for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. prosedur nampak rumit tapi kalau kita well prepared, in shaa Allah boleh setel cepat

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian sis :-) lamanya nana xjenguk sini..harap sis sihat2 je...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Nana..haah, sis kurang aktif sbb tak berapa sihat sekarang ni

      Delete
  5. nice tip..boleh dipraktikkan.....

    ReplyDelete
  6. info berguna disini..salam ukhwah.

    ReplyDelete
  7. wah nice sharing singgah lama x melawat

    ReplyDelete
  8. Sally nak tukar...Tapi nak uruskan malas..hahaha..so sejak drI dulu mmg nama owner lama..haha

    ReplyDelete
  9. nice sharing dear, satu info yang sepatutnya diguna pakai...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg cukup menarik dan ringkas. tq anum :)

    ReplyDelete
  11. oooo macam tu rupanya ..terima kasih kongsikan

    ReplyDelete
  12. Okay dah faham dengan tips ni. Boleh praktikalkan

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg menarik dan berguna ...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. Satu perkongsian yang begitu menarik, tertarik, kau memang de bom! :)

    ReplyDelete

My friend say: