Sunday, March 30, 2014

The 2nd International Sustainable Energy Summit 2014

Assalamualaikum…

Minggu lepas aku ada update yang aku akan menghadiri The 2nd International Sustainable Energy Summit (ISES) 2014. Ala..kat entri INI. SO, macam yang ada di antara korang yang nak aku share pasal conference ni, jom baca entri ni.

Aku pergi bersama dengan Sally Samsaiman dan juga beberapa orang blogger turut hadir. Kami pergi atas kapasiti blogger gitu. Bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor. Conference ni diadakan selama dua hari iaitu pada 18 & 19 Mac 2014. Tak sangka aku akan hadir program macam ni.

First day conference, aku tiba seawal pukul 745am dan sempat berjumpa dengan secretariat penganjur conference ni, Pn Fearzatul daripada SEDA Malaysia. Lepas register nama dan diberi kit kursus, aku makan dulu sambil2 tunggu Sally sampai.

Persidangan ini dimulakan dengan KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Loo Took Gee yang menyampai perkongsian mengenai komitmen kerajaan Malaysia berkenaan dengan framework dan polisi Tenaga Lestari. Kemudian diikuti pula dengan CEO SEDA Malaysia, Y.Bhg Datin Badriyah Abdul Malek yang menyampaikan update berkenaan Feed-in Tariff (FiT).

Ramai speaker yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing terutama yang berkaitan tenaga boleh baharu ni telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian maklumat. Sesi perkongsian ini telah dibahagikan kepada 5 sesi dimana 3 sesi dijalan pada hari pertama dan kedua persidangan manakala 2 sesi berbaki telah dijalan secara serentak pada petang hari kedua dimana peserta diberi pilihan untuk mengikuti salah satu sesi yang dijalankan.

Serba sedikit mengenai persidangan ini, apa yang aku dan peserta lain dapat ialah maklumat perkembangan terkini mengenai tenaga lestari berkenaan dasar dan polisi, bagaimana agensi berkaitan diluar negara berusaha untuk memajukan tenaga lestari ini dinegara mereka. Selain itu, dalam usaha untuk memperluaskan lagi pemanfaatan tenaga lestari di negara kita, bagaimana bantuan kewangan yang diberikan dan apa diperlukan dalam usaha untuk mendapatkan bantuan pembiayaan bagi syarikat-syarikat yang berkaitan.

Menariknya juga, pada dua sesi yang berlangsung secara serentak tu, aku ikuti sesi berkaitan solar photovoltaic memandangkan aku lebih berminat ke arah itu. Kami diberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai perkembangan industry solar pv dan masa depan solar pv bagi tahun 2014 dan tahun-tahun berikutnya, bagaimana amalan terbaik dalam pengaplikasiannya.

Sedikit perkongsian mengenai penganjuran ISES 2014 ini, ia dianjurkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang ditubuhkan dibawah Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]. SEDA Malaysia beperanan sebagai untuk pentadbir dan penyelaras pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my

*Gambar akan dikongsi dilampirkan didalam entri

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads