Sunday, March 09, 2014

Talian Rasmi Berhubung Penerbangan MAS MH370

Assalamualaikum...
Aku yakin kita semua masih bingung dan tertanya mengenai status insiden penerbangan MH370 yang hilang sejak awal pagi semalam dan sehingga saat ini masih tiada petunjuk dijumpai dalam usaha pencarian ini. 

Aku mungkin agak lewat untuk update mengenai situasi ini namun apa yang aku ingin kongsikan ialah talian rasmi berhubung Malaysia Airlines penerbangan MH370. Seperti yang tertera dalam image di atas yang aku screen cap semasa mencari info terkini mengenai kehilangan pesawat ini, terjumpa pulak maklumat ini.

Tiada kata yang dapat aku ucapkan melainkan doa agar pasukan pencarian diberi petunjuk dari Allah dan seterusnya misi menyelamat dapat dilakukan dengan segera. Semoga ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat terus kuat dan tabah dalam menghadapi situasi genting ini. 

Wallahualam

6 comments:

  1. semoga Allah permudahkan pencarian mereka ... aaamin .

    ReplyDelete
  2. doakan semuanya dalam keadaan selamat..semua kekuasaan Allah

    ReplyDelete
  3. zie berdoa semoga dapat berita yg sahih dan tepat....insyaAllah akan dijumpai dan harap semua keluarga terlibat bersabar dan redha.....

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka semua ditemui dalam keadaan selamat.. :(

    ReplyDelete
  5. Moga allah permudahkan urusan pencarian MH370 ni

    ReplyDelete

My friend say: