Friday, March 07, 2014

Sekadar Nukilan Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Apa yang aku share ini sekadar perkongsian daripada laman Instagram sahabat aku. Semoga kita dapat jadikan ia sebagai panduan bersama. 
Indeed true. Aku biasa lakukan begini. Orang yang biadap dan terbiasa baginya mengeluarkan perkataan yang kasar, usah dilayan. Buang masa semata. Kalau mampu dinasihatkan, lakukan dengan cara yang paling berhemah walau tika sabarmu diuji dengan kebiadabannya. 

Ingat, kita hanya manusia biasa, bukan siapa-siapa di atas muka bumi ini.  Kita hidup bukan untuk menongkat bumi kerana kita tak layak pun nak buat begitu. Andai kamu rasa sedih dan sakit hati, jauhkan sahaja dirimu daripada dia. Jangan biarkan sikapnya mempengaruhi dirimu.

Ingatlah hidup ini ibarat putaran roda. Ada masa suka ada masa duka. Kalau hari ini kita buat orang, belum tentu esok kita akan selamat. ALLAH bayar cash sekarang ni. Kalau hari ni kita fitnah orang tanpa usul periksa, tak mustahil fitnah berpalit pada kita semula.

Bukan hukum karma tapi ini hukum agama. Kita tak berhak nak membenci atau berdendam kerana kita bukan penakluk bumi. Kita cuma penumpang dibumi Allah. Jangan sombong dengan kelebihan yang ada kerana itu semua pinjaman semata.

Aku mungkin terlalu banyak kelemahan dan kekhilafan diri. Oleh itu, aku pohon ampun dan maaf daripada kalian sepanjang aku berblog. Mungkin ada kata-kata yang mengguris hati kalian. Maaf yang aku pintakan. Aku tak nak hidup dengan dendam manusia disebabkan kelemahan diri.

Wallahualam

15 comments:

  1. Kalau org biadap,kita melayan..so, apa beza kita dengan dia kan?? Baik sabar je dan tunggu dia cool..kalau smpi pijak kepala, yg tu Mohon pijak kembali..hahahah

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sally...jangan biar diri kita sama dengan mereka

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kita hanya menumpang di muka bumi pinjaman sementara ini..

    ReplyDelete
  4. Moga ainim tenang dan sabar. Manusia pelbagai ragamnya, cuma berdoalah moga kita dikurniakan hati yang kental dan tebal menahan segala tohmahan.

    ReplyDelete
  5. kalau hati kita penoh dgn hasad dendam, mesti hati kita x tenang...so, jgn amek port kat org² camni...klu kita ikot depa, kita pon jd cam depa gak...chill ;)

    ReplyDelete
  6. kadang2 juga tak tahan dengar mulut biadap berkata-kata..sebelum kita biadap,baik lari jauh2 skit..takut terlaser pulak dengan orang biadap tu :)

    ReplyDelete
  7. orang yang biadap ni makin dilayan makin biadap, lagi dia seronok, biasanya orang yang biadap ni memang simpan dendam kesumat dalam hati, nampak macam tak ada apa2 tapi hati dgn hidup sebenarnya tak pernah tenteram dengan tenang...

    ReplyDelete
  8. kalau dah biadap sangat usah di layan...nanti kita sama jer taraf ngan dia...jauhkan diri dari orang2 macam ni...

    ReplyDelete
  9. akak setuju kata Farah...mmg dah pernah kena ngan manusia begitu,buat dek ajer...dah sampai pijak pale...luapahalll ...face2face...baru dia tahu berpijak di bumi yg nyata...

    ReplyDelete
  10. bersamalah kita bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri kita.. manusia yang biadap begitu jangan dilayan.. salam jumaat ainim..

    ReplyDelete
  11. betul tu.. silence is better than respond to the b*llsh*t :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads