Monday, March 10, 2014

#PRAYFORMH370

Assalamualaikum...

Sehingga kini masih ternanti-nanti apakah khabar mengenai pesawat MH370 yang hilang itu. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan. Tiada teori yang dapat difikirkan. Hanya lafaz doa dan pengharapan agar pesawat dan semua yang berada di dalam pesawat akan dijumpai dalam keadaan selamat.

Berat mata memandang, berat lagi bagu yang memikul. Apa yang dipinta, kepada mereka yang diluar sana, berhentilah berkata sesuatu yang sia-sia, berhentilah  berspekulasi yang mengguris jiwa mereka yang terlibat, berhentilah sebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih. Biarlah pihak berkuasa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan. 

Kita jangan menambah derita dihati mereka. Jangan ditambah tekanan kepada pihak berkuasa yang kini berusaha keras dalam misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan. Kita disini jangan putus berdoa seikhlas hati demi keselamatan dan kesejahteraan mereka yang terlibat.

#PRAYFORMH370

Wallahualam
p/s: ada talian rasmi yang disediakan oleh pihak Google di SINI

20 comments:

  1. Moga Allah permudahkan urusan mereka insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak..kita jangan putus berdoa ya

      Delete
  2. Semoga pencarian MH370 dipermudahkan..Amin.

    ReplyDelete
  3. Semoga MH370 dijumpai segera. Kita semua menanti khabar beritamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mime..tanpa berhenti berharapkan

      Delete
  4. cepat-cepat la jumpe...rasa sayu sangat hati ni haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sally, tak sampai hati tengok ahli keluarga yang bersedih tu

      Delete
  5. semoga allah permudahkan nasib mereka..moga ada petunjuk...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..kak, kita teruskan berdoa ya

      Delete
  6. masih mengharap ada sinar buat kita semua

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    Semoga dipermudahkan misi pencarian ini...
    #prayforMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Bunda, semoga dipermudahkan ya

      Delete
  8. hati sgt tak tenteram selagi mereka tidak dijupai

    ReplyDelete
  9. kita sama-sama berdoa ye dear.. sedih jugak..

    ReplyDelete
  10. Sama sama kita doakan..

    #PRAYFORMH370

    ReplyDelete
  11. semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads