Thursday, March 27, 2014

Langkah Penjimatan Tenaga Elektrik

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak share dengan korang tip-tip berguna untuk menjimatkan bil elektrik bulanan. Maklumlah, sekarang ni kita kena amalkan kecekapan tenaga. Jadi disamping menjadi pengguna yang berhemah dapat juga jimat duit belanja bulanan? Kan? Kan?

Dah…jom tengok apa tips yang aku nak share ni.
image: Google

1- Padamkan lampu diruang yang tidak digunakan
2- Meletakkan computer peribadi ke ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan. Nak lagi jimat, shut down terus laptop atau computer tu dan jangan lupa tanggalkan sekali soket tu untuk lebih menjamin keselamatan dan penjimatan tenaga elektrik
3- Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan.
4- Kalau rumah yang ada air-cond tu, pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup rapat bagi memastikan tiada aliran udara sejuk daripada penghawa dingin tu keluar. Lagi bagus kalau korang pasang kipas pada aras paling perlahan untuk pengudaraan yang bagus.
5- Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan dan plug tersebut dicabut sebelum meninggalkan rumah atau pejabat. Ini wajib buat sebab kalau terlupa takut berlaku litar pintas.
6- Kalau boleh gunakan lampu cekap tenaga. Harga agak mahal tapi dari segi kecekapan penggunaannya memang bagus. Tahan lama dan jimat duit.
Image: Google
7- Macam yang pernah aku cakap kat entri sebelum ini, gunakan peralatan elektrik yang berlabel ‘5 bintang’ maksudnya ada label tenaga ( bagi contoh label tersebut)
8- Suhu pada air-cond ditetapkan tidak kurang daripada 24ºc. Kalau pejabat kerajaan, arahan ini telah bermula sejak tahun lepas lagi.
9- Kalau boleh, gosok pakaian sebanyak mungkin dalam satu-satu masa. Jimat elektrik sebenarnya. Janganlah berulang kali dalam sehari. Bazir elektrik je.

Kalau korang cuba amalkan tips berguna ni, In Shaa Allah, dapat kurangkan penggunaan elektrik seterusnya menggurangkan bil elektrik. Disamping itu dapat mengelakkan pembaziran tenaga elektrik dan seterusnya menyebabkan bil melambung tinggi.

Sekadar perkongsian dengan korang, surcaj 1.6% dikenakan bagi semua pengguna domestik yang penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik melebihi RM77 sebulan, bagi pengguna semenanjung. Manakala bagi pengguna di Sabah adalah bil elektrik yang melebihi RM69 sebulan iaitu 300kWj. Namun begitu, surcaj adalah sama bagi industri tidak kira kurang atau bnyaknya penggunaan Kutipan 1.6% ini akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia ditubuhkan dibawah Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726]. Berperanan sebagai untuk pentadbir dan penyelaras pelaksanaan mekanisme Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan berhubung surcaj 1.6% ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Okay…till we meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: