Saturday, March 29, 2014

Langkah-langkah Memohon Quota Feed-in Tariff (FiT)

Assalamualaikum…

Kalau korang pernah baca entri aku yang sebelum ini berkenaan dengan Feed-in Tariff (FiT), aku ada explain serba sedikit mengenai apakah itu Feed-in Tariff dan apakah jenis-jenis renewable energy (RE) yang boleh diaplikasikan dalam program FiT. 

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu iaitu Solar PV mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.

Surcaj 1% dikenakan ke atas semua pengguna domestik apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj bersamaan dengan bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula 1 Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. 

Jadinya, bagaimana pula mereka yang berminat dan ingin menyertai program FiT ini? Dan bagaimana untuk memohon menjadi Feed-in Approved Holder (FIAH) ini? Haa..kat bawah ni ada aku share step by step berkenaan apa yang perlu dilakukan untuk memohon.





 Dah faham? Apa yang penting, kuota masih ada dan sumber kewangan untukinstall solar PV tu ada. Tapi sekarang ni dah ada beberapa bank yang boleh bagi pembiayaan untuk memasang solar PV tu contohnya Bank Muamalat, Affin Bank dan Alliance Bank. Maklumlah, nak install pun bukan sikitkan duit yang hendak dikeluarkan. Oh ya, dokumen yang diperlukan pun mestilah lengkap ya. Nanti tak diluluskan pulak permohonan tu. 

Harapnya korang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan ni ya. Kalau korang hendak lebih maklumat lanjut dan ketahui service provider yang berdaftar dengan SEDA Malaysia, boleh layari laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my.

Okay…till we meet again

1 comment:

  1. Sedang cuba memahami ni ainim..by the way thanks sharing

    ReplyDelete

My friend say: