Thursday, March 27, 2014

Coretan Hari Ini

Assalamualaikum...
Image: Google
Since semalam rasa tak sihat sangat. Dari pagi dah keletihan dan bila sampai je kat rumah, terus tertidur. Letih, dah lama tak rasa macam ni since few weeks ago. Hari ini, bermula agak okay tapi sekali lagi rasa tak sihat tu datang balik. Nyaris tak jatuh pitam sebab kepala dah rasa melayang-layang. Boleh nampak dipandangan semuanya berpusing-pusing perlahan. Allah, janganlah aku jatuh tengah-tengah orang ramai ni. Mujur sempat duduk. Terus halakan kepala ke atas meja. Biarlah orang kata aku tidur, asalkan rasa tak selesa tu cepat lega. 

Allah masih bagi kekuatan untuk aku hari ini. Masih beri kekuatan untuk aku teruskan kehidupan yang semakin mencabar ini. Alhamdulillah. Semoga terus dikekalkan dengan kekuatan itu, In Shaa Allah. 

Wallahualam

11 comments:

  1. kenapa dik....
    jaga kesihatan tu elok2..

    ReplyDelete
  2. take enough rest, don't push yourself to hard :')

    ReplyDelete
  3. jaga kesihatan baik-baik anim.. elok jumpa doktor juga.. banyakkan minum air kosong musim panas ni..

    ReplyDelete
  4. biasa...kekadang mmg kita diuji-Nya...

    ReplyDelete

My friend say: