Friday, March 28, 2014

Cekap Tenaga Amalan Kita

Assalamualaikum...
Ewah, kemain tajuk tu kan. Dah macam kempen TNB je lagaknya. Haha..apa-apa je lah asalkan niat dan tujuan asal nak berkongsi ilmu kesampaian. Gitu..

Tahukah kalian semua bahawa kita dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan hidup kita? Bagaimanakah caranya? Pastinya bila kita mengamalkan amalan cekap tenaga. Di dalam entri hujung tahun lepas, (boleh rujuk entri INI), aku pernah explain apakah itu Kecekapan Tenaga. Secara ringkasnya, kecekapan tenaga ialah dimana kita menggunakan tenaga elektrik yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja.

Dalam usaha untuk mengamalkan kecekapan tenaga ni, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu dan fahami seperti berikut:
- Berapakah Kos Penggunaan Peralatan Elektrik
Ini merupakan perkara yang sangat penting kerana penggunaan elektrik di sesebuah rumah sangat bergantung kepada saiz keluarga, gaya hidup, bilangan serta mutu peralatan elektrik dan juga tempoh penggunaannya. Bagi mengira anggaran kos elektrik ada 3 perkara yang perlu diambil kira sebagai faktor utama iaitu kuasa dan kecekapan tenaga sesuatu peralatan elektrik, bilangan jam penggunaan elektrik dalam sehari dan kadar tariff per kWj bagi bekalan elektrik. Once korang tau akan tiga perkara ni, In Shaa Allah korang dah boleh dapat idea tentang pola atau corak penggunaan tenaga elektrik seharian.

- Formula Penentuan Kos Penggunaan Peralatan Elektrik
Kalau kalian ni sangat particular dengan jumlah tenaga elektrik yang digunakan terutama yang melibatkan perkakas elektrik kat rumah tu, mengetahui formula untuk mengira kos penggunaan peralatan elektrik boleh membantu kalian memantau jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam sehari, seminggu malah sebulan. Kat bawah ni ada aku share formula untuk mengira kos penggunaan peralatan elektrik sebagai panduan korang.
Formula ni korang boleh guna untuk kira kos penggunaan peralatan elektrik seperti mesih basuh, peti ais dan macam-macam lagi.

Bagi mengurangkan bil elektrik bulanan, kalian perlu menganalisa penggunaan elektrik dan kenal pasti setiap peralatan elektrik yang boleh dikawal atau digunakan dengan cekap tenaga. Biasanya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang harganya agak mahal sedikit tapi sebenarnya dapat menjimatkan hayat pengunaannya bak kata pepatah kalah membeli menang memakai. Peralatan cekap tenaga ni sebenarnya boleh dikenal melalui label tenaga sepert dibawah ni.

Di Malaysia, label tenaga ini telah digunakan untuk peti sejuk sejak tahun 2005 dimana skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM. 

Kenapa kita perlu peka dengan label tenaga ni bila hendak beli perkakas atau peralatan elektrik ni? Begini, kalau kita main hentam je beli tanpa selidik prestasi sesuatu barang tu, bukankah kita mengambil risiko bila hendak menggunakannya. Manalah tahu kalau salah beli, kang ada pulak yang bil elektrik terover sesangat. Kalau korang perasan dalam bil elektrik yang baru ni, kalau ya…kalau bil elektrik korang mencecah atau lebih RM77 atau 300kW penggunaannya, akan ada surcaj 1.6% yang dikenakan. Caj ini akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diselia oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed- in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. KWTBB berfungsi sebagai sokongan kepada program promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. 

Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai FiT dan juga mengenai KWTBB ni, korang boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my

So, itulah serba sedikit tips yang boleh aku share dengan korang untuk amalan cekap tenaga. For the next entry, aku share sikit antara peralatan elektrik yang boleh digunakan dengan berhemah.

Okay…till we meet again.

No comments:

Post a Comment

My friend say:

Nuff Ads