Tuesday, March 11, 2014

Cara Nak Hilangkan Sedu

Assalamualaikum...
Image: Google

Korang selalu sedu tak? Kadang-kadang bila kita lepas makan, tak pun rasa penat bila lepas makan, boleh terkena sedu kan? Aku ni pesen selalu juga kena sedu tambahan kalau aku kekenyangan sangat. hihihi. 

So, korang kalau sedu selalunya buat apa? Disini ada beberapa petua atau cara untuk hilangkan sedu yang aku cari kat internet tu. 

  • Tarik lidah anda perlahan-lahan ke hadapan dengan ibu jari dan jari telunjuk
  • Bengkokkan anda leher ke belakang, tahan nafas anda dan kiraan sepuluh. Menghembus nafas dengan segera dan minum segelas air
  • Pegang beg kertas ke muka nafas masuk dan keluar anda. Jangan gunakan beg plastik
  • Perlahan-lahan makan sepotong roti
  • Pantas minum segelas air 
info lanjut ada kat SINI

Itu semua cara yang aku jumpa kat internet tapi kalau ikut cara aku sendiri, aku tahan nafas 30 saat je kalau tetibe sedu. In Shaa Allah, confirm sedu tu hilang terus. Tapi kena bertahan sikitlah ya.

Okay...till meet again

22 comments:

  1. kalau lya minum air masak byk2 :D..selalu juga kena nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kalau minum terus terbelahak lya

      Delete
  2. wah tips baru ni..Cik Anis kalau sedu minum air je. Kdg2 tu sampai kembung air hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis, saya takleh minum air nnt terbelahak..hehe

      Delete
  3. kalau budak kecik letak sedikit tikar mengkuang kat dahi.....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak? Saya dulu mak tampal kertas..hehe

      Delete
  4. yelah,,kalau orang tua kena sedu nie,macam kelakar pulak kan..nanti orang kata gelojoh...hehehehe...apepun thanks ainim...

    ReplyDelete
  5. salam singgah. cara saya, minum air banyak-banyak. kalau tak setel jugak, kumpul air liur banyak-banyak dalam mulut pastu bila on the way nak sedu tu, terus telan. sampai bunyi gulp. kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tu tak. hehhehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takleh minum...confirm tak menjadi

      Delete
  6. ooo...mcm tu eh..ini petua untuk orang dewasa la ni kan...hehehehe...akak selalu letak cebisan suratkhabar kat baby yang tersedu....

    ReplyDelete
  7. Kalau Zara, Abg Eraz bagi dia minum air atau susu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. harap setiap tips tu menjadi la ya

      Delete
  8. Sally sama macam anim..sally mesti tahan nafas..hehe ;)

    ReplyDelete
  9. kalo hiccup dtg, usually fae biarkan je hehe

    ReplyDelete
  10. sy selalu minum air je kak. tak pun tahan nafas.. haha..

    ReplyDelete
  11. salam...baru sebentar anak cuba bernafas guna plastik..
    alhamdulillah menjadik..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads