Sunday, February 23, 2014

Photo Booth Project Final Part

Entri projek Part 1 dan Part 2 ada di SINI dan SINI.

Assalamualaikum...

Setelah selesai kerja-kerja menyiapkan photo booth tu, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari untuk melaksanakan photo booth tu. Actually kami buat projek photo booth ni khas untuk majlis perkahwinan pengurus unit kami, Kak Aida Zureen. Kak Aida beri RM200 bajet untuk aku dan kawan-kawan buat photo booth ni. Bukan apa, kalau sewa mahal, jadi kalau boleh buat sendiri, apa salahnya kan? Lagi pun memang teringin nak buat pun.

Hari Sabtu 22.02.2014 tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Aku sampai di Dewa Sri Sarjana, UNITEN seawal pukul 1050 am untuk memasang backdrop ni. Adik Kak Aida dan maknya membantu aku. Syafreena dan Diyana pun ada sekali untuk membantu.
Wedding
Inilah backdrop photo booth kami. Kami guna konsep story telling. Itu yang ada jam, frame bagai tu. Konsep ni kami dapat inspirasi setelah search kat google. 
wedding
So basically, yang kat atas meja inilah props photo booth kami. Ada bubble talk dan juga props seperti mustache, crown, lips, tie bow, dan cermin mata. Kami buat mana yang sempat je. 

Gambar-gambar kat bawah ini adalah hasil props kami dengan lebih jelas. Saja je aku attach gambar orang pegang props. Nak bagi lagi jelas kekdahnya. 
props
Begitulah ceritanya tentang photo booth projek yang aku dan rakan-rakan buat. Kami banyak menggunakan material craft foam dan juga glitter paper. Senang dan jimat masa. Kalau korang nak buat pun takde masalah. Banyak contoh kat internet tu. Aku pun dah mula jatuh cinta dengan benda-benda craft ni. Hehehe..

Okay...till meet again

9 comments:

  1. hehehe teringat pulak photobooth yang saya dgn kawan2 buat tahun lepas. hehe

    ReplyDelete
  2. Seronok kain buat benda2 kreatif ni..bab tu lya suka

    ReplyDelete
  3. cantik la..
    rasanya lagi jimat kalau buat sendiri berbanding suh wedding planner buat kan? hihihi

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads