Thursday, February 06, 2014

Perubahan

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat petang semua. Dah makan dah? Alhamdulillah...

Tajuk tu takde berat mana pun sebenarnya cumanya apa yang nak kongsikan sedikit isi hati aku tentang perubahan yang akan berlaku dalam unit aku bekerja dalam tempoh dua minggu lagi. Sebenarnya dalam organisasi tempat aku keje ni ada sedikit perubahan. Ada sorang member kena tukar unit lain tapi masih dalam bahagian yang sama dengan aku la.

Cumanya aku sedih sebab yang bakal bertukar tu ialah seorang yang aku dah anggap macam kakak sendiri. Bila aku sedih, bila aku happy semua aku cerita kat dia. Dia tempat aku nak mengadu, dia tempat aku nak meluah rasa hati. Akak ni memang baik orangnya. Hari pertama aku masuk keje kat unit ni pun dia yang antara paling banyak membantu. Maklumlah, orang baru masuk keje, pengalaman takde, jadi akak ni memang pakar la kiranya.

Sedih memang sedih dan aku rasa taknak hari-hari yang berbaki ni berlalu dengan cepat. Kalau boleh waktu jangan bergerak pun. Dalam hati aku sayu. Akak ni orangnya baik, kelakar dan tak pernah kedekut ilmu. Jarang nak marah dan sangat berfikiran positif. Dia banyak ajar aku untuk jadi seorang yang sentiasa positif. Dia faham perangai aku camane. Apa saja yang aku nak cerita, dia mesti akan dengar. Hmm..sedihnya hati ni.

Memanglah tak jauh mana pun tapi kalau dah lain unit, tetap akan ada batasnya nanti. Ye lah, takkan aku nak pegi melepak tempat baru dia sedangkan aku ni pun bukan kaki merayap. Kalau ada sedikit free sekalipun, aku sentiasa ada kat tempat..

Lepas ni, akan berubah la kehidupan aku. Aku terima kenyataan yang setiap permulaan akan ada pengakhiran cumanya tetap tak boleh nafikan perasaan sedih ni. Kak Ida, saya sayang sangat kak Ida.

Okay...till meet again
p/s: Kadang terfikir, bila pengakhiran aku kat unit tu nanti?

18 comments:

  1. alolo...jangan sedih sangat...cik akak kan ada..hihi...

    ReplyDelete
  2. nnt lama2 terbiasa la tu ainim ;)

    ReplyDelete
  3. jgn sedeyy dear....insyaAllah semuanya okay... =)

    ReplyDelete
  4. salam. alolo..jangan la sedihh..nanti sy pun sedih jugak huhuhu

    ReplyDelete
  5. jgn sedih kak anim. still boleh contact kan ^^

    ReplyDelete
  6. Be strong Anim...In Shaa Allah you will be fine!!!

    ReplyDelete
  7. Semoga sentiasa tabah & dipermudahkan segalanya.. aamiin..

    ReplyDelete
  8. byk channel nk kekalkan silaturrahim... walaupun satu building, wassap je...hhee

    ReplyDelete

My friend say: