Wednesday, February 26, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: AUO Sunpower Sdn Bhd

Assalamualaikum...

Entri kali ini adalah lanjutan dan pengakhiran kepada sesi lawatan kami para blogger dan media ke Melaka bulan lepas. Eh, dah masuk bulan Februari baru nak publish? Haa..takde masalah, yang penting aku share info kan? Okay..venue lawatan kami selepas ke Cooltek House ialah AUO Sunpower Sdn Bhd iaitu destinasi kedua sebelum ke Kump. Melaka Berhad, yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni. 

Selepas menikmati jamuan makan tengah hari di restoran dalam Tiara Golf and Country Club tu, kami bertolak ke AUO Sunpower yang terletak tak jauh dari venue pertama lawatan kami. Area Alor Gajah, jauh tak? Aku tak rasa jauh pun. Ketibaan kami disambut oleh Pn Roslawanis Husani, wakil pihak AUO Sunpower dan seorang lagi staff mereka. Wahh..masuk je dalam bangunan yang besar ni, terpegun kejap sebab tengok objek-objek yang aku pun tak tau apa fungsinya. 

Semasa lawatan ke AUO Sunpower, kami diberi penerangan mengenai Renewable Energy (RE), tenaga solar, produk yang AUO hasilkan dan juga serba sedikit maklumat syarikat. Persoalan pertama yang aku nak ajukan kat korang, kenapa kita perlu memanfaatkan tenaga boleh baharu ni? Siapa boleh jawab? Aku bagi 10 markah. Heheh. 

Macam ni, seperti yang pernah aku terangkan dalam artikel-artikel sebelum ini, negara kita menggunakan bahan api fosil dan arang batu sebagai sumber utama dalam menjana tenaga elektrik tetapi sumber ini adalah di dalam kategori sumber yang tidak boleh diperbaharui. Jadi, bila peningkatan permintaan melebihi penawaran, haruslah sumber ini semakin berkurangan, betul tak? Makanya kos untuk mendapatkan sumber ini menjadi semakin meningkat selain ianya memberi kesan yang buruk kepada alam dan juga kita sendiri.

Makanya, bila kita memanfaatkan sumber alam seperti tenaga solar ini, setidak-tidaknya kita mampu mengurangkan kesan buruk ini kepada alam sekitar dan diri kita sekaligus juga dapat mengurangkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan sumber yang semakin meninggi kosnya itu. Paling penting, ianya merupakan sumber tenaga boleh baharu. Kita di Malaysia sebenarnya beruntung kerana kita menerima cahaya matahari sepanjang tahun dan kalau mendung sekali pun, kita tetap akan dapat merasa bahang matahari tu. Betul tak?

Jadi, apa pula kaitan AUO Sunpower ni dengan RE ni? Haa..kalau aku dah membebel pasal RE ni, mestilah ada kena mengenakan. Begini, AUO Sunpower Sdn Bhd merupakan pengeluar panel solar yang di export keseluruhan ke negara luar. AUO Sunpower mengeluarkan panel solar photovoltaic (PV) yang terbukti bukan sahaja mampu menjana tenaga elektrik tetapi juga lebih selamat dan mesra alam. Photovoltaic ini adalah proses menukarkan cahaya matahari secara terus kepada tenaga elektrik dengan menggunakan sel solar.

Seperti yang korang lihat dalam gambar rajah di bawah ini, beginilah solar sel berfungsi. 
Image: www.auosunpower.com
Gambar dibawah pula menerangkan bagaimana solar sel ini dihasilkan sehingga menjadi PV module. Menarikkan?
Image: www.auosunpower.com
Menariknya mengenai solar panel yang dihasilkan oleh AUO Sunpower ini ialah, ianya sangat efisien dan mempunyai kecekapan yang tinggi selain design yang telah dipaten. Ini bermakna, ianya sukar untuk ditiru.
Image: www.auosunpower.com
Seperti yang aku terangkan kat atas tadi, AUSP ni merupakan pembekal solar sel yang diexport ke luar negara. Banyak projek-projek yang telah dijayakan oleh AUSP ini dan mereka membekal solar panel ini ke negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, Poland, dan banyak lagi. Hebatkan, dengan kepakaran tenaga tempatan kita mampu mengeluarkan produk berkualiti tinggi.

Oh ya..apa yang lagi menarik ialah, di AUO Sunpower ini, bangunan mereka juga turut mengaplikasi panel solar ini dalam membekalkan tenaga elektrik ke bangunan syarikat. 

Dengan ini, AUSP hanya melepaskan 27,000kg gas karbon dioksida (CO2) pada suku tahun ketiga 2013 selain dapat penjimatan sehingga lebih kurang RM18,972 seminggu. WOW! Bagaimana boleh berjimat sebegini? Di bawah makenismea Feed-in Tariff (FiT) yang dikelola oleh SEDA Malaysia, 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. bagi kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Fuh...panjang lebar aku berceritakan. Diharapkan info yang aku share ini akan memberi manfaat buat korang semua. Manalah tahu, kalau-kalau ada dikalangan korang yang memang berminat nak install solar PV ni kat rumah korang. Haa..bolehlah berjimat disamping menambah pendapatan kan. Terima kasih kepada pihak SEDA Malaysia yang menganjurkan lawatan berilmu ni. Banyak yang aku belajar daripada lawatan ni. Maklumlah, selama tak pernah tahu pun hal-hal RE semua ni. Terima kasih juga sebab sudi baca entri ini kita jumpa lagi dientri yang lain pula ya.

Okay...till meet again

4 comments:

  1. kilang nie memang besar.....kalau akak balik kampung di Alor Gajah mesti lalu tepi jalan kat Rembia ini....

    ReplyDelete
  2. solar ni bagus..tapi nak implement dia mahal sgt -_-

    ReplyDelete
  3. first in malaysia?

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete

My friend say: