Thursday, February 27, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: Kump. Melaka Berhad

Assalamualaikum...
Hi korang...kalau sebelum ni, aku ada kongsikan tentang lawatan blogger dan media ke Melaka yang dianjurkan oleh pihak SEDA Malaysia ke Cooltek House, kali ini aku nak share mengenai lawatan kami ke Kumpulan Melaka Berhad (KMB). Dengar nama macam trading company je kan? Tapi skop Kumpulan Melaka Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka ini sebenarnya luas tau. Dah namanya pun anak syarikat kan, maka banyaklah fungsinya. Hmm..apa kait pulak KMB ni dengan lawatan kitorang ni? Meh sini aku story sikit.
Kumpulan Melaka Berhad ni berfungsi sebagai investment  arm  kepada Kerajaan Negeri,  khususnya dalam sektor pembinaan,  pembangunan  hartanah, pelaburan dan pelancongan. Dengan visi; Bersama-sama untuk membangunkan ekonomi negeri Melaka serta memenuhi tanggungjawab sosial untuk memacu status negeri maju dan misi; Memberi pulangan balik kepada Kerajaan Negeri (pemegang saham), KMB mempunyai pelbagai cabang produk dan projek. 

Apa yang aku nak kongsikan dengan korang ialah salah satu projek yang diterajui oleh KMB iaitu, KMB 5 MWp Solar Farm yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Sebenarnya Solar Farm adalah venue ketiga selepas Cooltek House dan AUO Sunpower (ni entri lain ek). Kami tiba di Solar Farm milik KMB ni lebih kurang pukul 4pm dan ketibaan kami disambut oleh pegawai dan kakitangan KMB yang bertugas.

First impression masuk ke solar farm ni, WOW..besarnya. Okay..ni first time aku tengok solar farm sebenarnya. Selalu tengok kat tv je. Berkeluasan 17.29 ekar dengan kos pembangunan berjumlah RM46 juta, memang kagum mata memandang. Projek Solar Farm ini dibina dalam 3 fasa dimana Fasa 1 (1.30MWp), Fasa 2 (1.22MWp) dan Fasa 3 (2.48MWp) dimana ketiga-tiga inilah yang melengkapkan kapasiti 5KWp bagi Projek Solar Farm ni. Dana bagi pembangunan projek ini dibiayai melalui pinjaman daripada Malaysia Debt Ventures (MDV).
Explain bagai nak rak, tapi korang boleh bayangkan ke apa yang aku ceritakan ni? Ehem..maksud aku, rupa solar farm ni. Projek yang bermula pada 1 Februari 2011 ini menggunakan photovoltaic(PV) solar panel sebagai antara komponen utama dalam pembangunan Solar Farm dimana sebanyak 20,850 unit PV solar panel dipasang oleh syarikat kontraktor yang dilantik iaitu PV Hi Tech Solar Sdn Bhd. Macam yang korang tengok dalam gambar kat bawah ni la.

Apa yang menariknya mengenai solar farm ni, tenaga elektrik mampu dijana. Kiranya mengguna sumber tenaga boleh baharu, iaitu tenagar solar atau matahari. Kita kat Malaysia ni bertuah kerana menerima pancaran matahari sepanjang tahun dan tenaga solar juga merupakan salah satu tenaga boleh baharu yang senang didapati di negara kita dan paling penting lagi jimat kos..err..Cuma kos pemasangan tu adalah tinggi sikit tapi untuk jangka masa panjang, ianya adalah berbaloi-baloi.
Pernah tak korang terfikir macam mana pv solar panel yang dah pasang sebegini rupa boleh jana tenaga elektrik? Begini, pv solar sel ini akan bertindak dengan menukarkan secara terus cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Setiap pv solar sel akan disusun menjadi pv solar panel yang bertindak menyerap cahaya matahari. Di Solar Farm milik KMB ni, ada 8 buah inverter yang bertindak untuk menukarkan cahaya matahari yang telah diserap kepada tenaga elektrik. 
Melalui mekanisme Feed-in Tariff (FiT), tenaga elektrik yang dihasilkan oleh KMB ini kemudiannya akan dijual kepada TNB pada kadar RM 0.9016 per kwh melalui quota yang diberi oleh SEDA Malaysia. Apa yang menariknya, melalui penjualan tenaga elektrik kepada TNB ini, KMB dijangka mampu menjana pendapatan yang lumayan dalam tempoh 21 tahun projek FiT ini. Menarikkan. KMB juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari dan memahami projek solar farm ini. Korang boleh hubungi mereka di info@kmb.com.my . Oh ya, untuk maklumat lanjut mengenai program FiT dan pelaksanannya, korang boleh layari laman web SEDA Malaysia di pautan www.seda.gov.my
Okay...till meet again

10 comments:

  1. phwittt sally pakai suar hijau... hikhik.... best nya dpat pergi tempat ni kan..

    ReplyDelete
  2. eh, ada pualk letak gambar kita!

    tapi mmg puas dapat pergi sini...mmg banyak benda yg kita boleh belajar :)

    ReplyDelete
  3. kalau tengahari perit kena kat solar tu ,panas kan..huhu...eh..sempat lagi ye...

    ReplyDelete
  4. wahhh seronok dpt melawat di sana ^_^ untung kak anim n yang lain

    ReplyDelete
  5. wah bestnya!!done follow blog ni ^^

    http://iamliniey.blogspot.com/2014/02/muslim-niaga-laman-dropship-produk.html

    ReplyDelete
  6. solar kat melaka ye. ermm

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete
  7. Salam Kenal...

    Hmm..semakin canggih :_)

    Jom singgah blog akak if sudi ;-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. mmg best la dpt g tempat2 camni kan. boleh belajar sesuatu yg baru

    ReplyDelete
  9. banyak yang boleh dipelajari di situ...

    ReplyDelete
  10. macam kenal orang kat tengah tu..hehe
    azham eh..dia ade sekali kat situ.

    ReplyDelete

My friend say: