Wednesday, February 19, 2014

Masih Belum Sembuh Sepenuhnya

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan aku di dalam entri pagi semalam. Maaf seharian langsung tak aktif kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Thanks so much to my beloved friend, Azima yang banyak bagi support through whatsapp. 

Tengah hari semalam aku ke klinik disebabkan sakit kepala tu makin meruncing. As expected, migraine. Memang dah agak dah sebab aku ni memang ada migraine. Cumanya samada kuat atau tidak bila kena serangan migraine tu.  Agak malang sikit kali ni sebab teruk. Tambahan pula takde bekalan ubatkan. Lagilah payah.

Doktor bagi time slip untuk aku. So, samada aku nak berehat di ofis atau balik, terpulang pada aku dan aku pilih untuk balik rumah. Sampai rumah mak dah risau. Lepas makan ubat, aku baring dan agak2 okay sikit aku gagahkan badan untuk mandi. 

Malam tadi tetibe je aku rasa berpusing dunia ni. Memang rasa tak stabil langsung. Siap rasa nak muntah. Alu baring dan pejamkan mata hampir dua jam. Mak ingat aku tidur padahal tak tidur pun. Serious, memang rasa berpusing-pusing sebab tu aku pejamkan mata. 

Disebabkan kaki lenguh, aku bangun dan makan sedikit sebab nak makan ubat. Hmm...terus je berehat.

Pagi ni rasanya movement aku agak slow lagi. Aku ni kalau kena migraine yang teruk, boleh efek kat diri sampai dua tiga hari. Nak menghadap cahaya paling azab untuk aku. 

Aku nak minta maaf kalau aku kurang aktif dan lambat singgah blog korang ya. Harap janganlah terasa aku ni tak nak datang blog korang ya.

Okay...till meet again
P/s: cuba gagahkan diri untuk siapkan kerja2 tertangguh

12 comments:

  1. Allahurobbi, semoga Anim cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. Hmmm... I am so so sorry to hear that. Can imagine the pain you have to bear with... However, really respect and admire your courage... In the situation, I still can read an entry from you... Wish you get well very very soon...

    ReplyDelete
  3. kalau kena maigrain memang dahsyat kan..sama mcm kawan lya pun macam tu.slow2 buat kerja ya ainim..jangan lupa makan ubat.yg pnting perut tu kena ada isi juga makanan

    ReplyDelete
  4. tk care ainim...akak klu datang migrain mmg susah nak baik skit..makan masa jgak...awal bulan tuari pun dah terkena jugak..

    ReplyDelete
  5. Bnyakkan berehat.. semoga dipermudahkan & cepat sembuh... aamiin..

    ReplyDelete
  6. banyak kan berehat...minum air yang banyak,kalau boleh dapatkan rawatan tradisional seperti bekam angin..lintah.

    ReplyDelete
  7. akak pun sama gak selalu kena migrain...setiap bulan mesti kena....lastly akak amalkan air minuman yang dibaca dengan ayat Al-Quran....so far lega sikit.......

    ReplyDelete
  8. take care Ainim, semoga cepat sembuh insyaallah

    ReplyDelete
  9. ubat apa tuh.? paracetamol..?
    smoga cepat baik..

    ReplyDelete
  10. teruk ni..akak stop la wt kerja tu..baring,minum air bnyk

    ReplyDelete
  11. wishing you to get speedy recovery...let me know anything ya

    ReplyDelete

My friend say: