Monday, February 03, 2014

Makan-Makan Di Gomonae Restoran

Assalamualaikum...

Aktiviti dating dengan Sally dan rakan-rakan blogger semalam tak berakhir di D Curve je tau. Selesai perjumpaan kami tu, aku dan Sally meneruskan perjalanan kami ke Ampang Point pulak. Al-kisahnya aku la yang gedi sangat nak ikut Sally makan makanan korea gitu. Lama kot tak makan korean food kat luar. Habis tinggi pun kat Seoul Garden. Hmm..tapi Seoul Garden tu ala-ala bbq dan steambot je. 

Sampai je kat Ampang Point, destinasi kami ialah terus ke Gomonae Restoran. Restoran ni, macam kedai tepi jalan je tapi ramai juga customer yang datang. Masa sampai tu aku memang rasa macam kat food stall kat Korea sebab style macam yang aku selalu tengok dalam tv tu. Teruja kot nak mencuba.
Ni Jjam pong yang aku makan. Sedap dan pedas..
Ni pulak nasi dan sup daging Sally punya. Pun sedap tau
Aku pilih nak makan Jjam Pong. Jjam pong ni mee sup tapi sup dia pedas sebab diperbuat daripada chili paste tu. Ada seafood sekali. Udang dia segar tau. Sedap betul dan punyalah banyak sampai aku tak dapat nak habiskan. Harga makanan pun bersesuaian dengan kuantiti dan kualiti makanan. Memang aku puas hati dan rasa nak repeat je makan kat sini. Hihihi..nanti nak datang bawa cik kembar sekali. Haa...

Okay...till meet again

5 comments:

  1. sedang telan air liur same muke tekulat kulat. hihi

    ReplyDelete
  2. agak-agak berapa harganya untuk 1 set makanan tu...?

    ReplyDelete
  3. sedap kan...? you'll never get the same as this...hihihi :)

    ReplyDelete

My friend say: