Tuesday, February 25, 2014

Jenis Sumber Tenaga Boleh Baharui (TBB)

Assalamualaikum…

Masa sekolah dulu, kalau belajar subjek sains, mesti dalam buku teks tu ada sebut pasal sumber tenaga boleh baharu kan? Tak ingat pulak tingkatan berapa tapi memang ada. Lamanya tinggalkan sekolah..tapi jom kita refresh sikit ilmu sains tu. Rasanya korang pun mungkin ada idea pasal jenis sumber tenaga boleh baharu tu. Tapi kalau tak berapa nak ingat, jom kita semak balik jenis sumber tenaga boleh baharu yang ada.

Tenaga boleh baharudiperbaharui ini ialah sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal walaupun kita berterusan menggunakannya. Terdapat banyak sumber tenaga boleh baharu tapi kali ini kita bincangkan 4 jenis tenaga boleh baharu  iaitu, tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. 

Tenaga suria / solar: 
Tenaga suria adalah sinaran matahari (radiasi suria) yang sampai ke bumi dimana tenaga boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga lain seperti tenaga haba dan elektrik. Di Malaysia, kita beruntung kerana menerima cahaya matahari hampir sepanjang tahun. Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu Solar Photovoltaic (PV) atau sel-sel suria dan loji kuasa suria (concentrating solar power plants) Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Tenaga Angin:
Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini ialah kitaran angin semula jadi. Sumber SINI. Tenaga angin ni kurang sesuai dengan factor cuaca dan muka bumi negara kita.
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Kuasa hidro:
Kuasa hidro termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak dan tenaga haba laut. Tenaga kuasa hidro bergantung kepada kitaran air. Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam sekitar. Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Bahan Bakar Biojisim:
Biojisim ialah bahan organic yang diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal sampah. Sumber SINI
Image: http://c-tenaga.blogspot.com
Selaras dengan tema belanjawan 2014 dalam mencapai ekonomi berdaya tahan dan pengurangan kebergantungan terhadap bahan api yang diimport dan ketidaktentuan harga tenaga dunia, kerajaan menggalakan penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang dimana peningkatan pengunaan sumber boleh baharu ini boleh menyumbang kepada autonomi tenaga dan juga mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan.

Disebabkan itulah mekanisme Feed-in Tariff (FiT) diperkenalkan pada 1 September 2011 dimana ia menggalakkan syarikat-syarikat atau industry dan juga individu untuk menggunakan tenaga boleh baharu ni sebagai alternative kepada sumber tenaga di negara kita. 

Kriteria sumber tenaga boleh baharu yang boleh digunakan adalah seperti biogas, biomass, small hydro dan juga solar PV dimana sumber ini mudah untuk diperolehi di negara kita. Melalui mekanisme FiT ini, 'Distribution Licensees (DLs)' seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), NUR Distribution Sdn. Bhd. dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Tenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu. 

Dibawah Seksyen 3 (1), Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011, tertubuhlah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) yang berfungsi sebagai pentadbir dan penyelaras program Feed-in Tariff di Malaysia. Kiranya, kalau korang nak apply untuk jadi Feed-in Approval Holder (FiAH) seterusnya menjana tenaga elektrik sendiri, korang perlu berhubung dengan SEDA Malaysia.

Sebenarnya banyak manfaat yang kita terima apabila memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu ni. Bukan sahaja dapat menyimbangkan semula eko-sistem alam sekitar, kita juga sebenarnya mampu menjana sumber ekonomi dimana peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain menggalakkan budaya inovatif.

Oh ya, sekadar info untuk korang, melalui mekanisme FiT ini juga, kutipan surcaj sebanyak1.6% dikenakan melalui bil elektrik yang melebihi RM77  iaitu bersamaan dengan penggunaan elektrik yang melebihi 300kWj sebulan Manakala bagi pengguna di Sabah, bil elektrik yg melebihi RM69 sebulan. Surcaj ini dikenakan kepada pengguna domestic dimana hasil wang surcaj ini akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Jumlah kutipan surcaj 1.6 % ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014. Sebelum ini, surcaj yg dikenakan adalah 1% je. Kenapa naik? Hmm..korang boleh rujuk entri aku sebelum ni kat SINI

Seperti yang aku mention kat atas tadi, kalau korang nak info lanjut mengenai mekanisme Feed-in Tariff ni dan kalau korang ada bajet lebih atau berminat nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari laman web SEDA Malaysia dipautan www.seda.gov.my
Sekian, perkongsian untuk kali ni.

Okay…till we meet again

9 comments:

  1. dok ajar benda yg sama kat budak2 skolh ni :D

    ReplyDelete
  2. tenaga boleh baharu, alternatif yg sangat bagus!

    ReplyDelete
  3. Subjek apa ni? Geografi? Hehe..

    ReplyDelete
  4. subjek sains...? subjek sejarah akak pakar ler......hihi

    ReplyDelete
  5. Teringat balik sikit2 yg tau tu.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  6. nice share.. rasanya bab tenaga solar tu masih kurang exploitasi kat malaysia...

    ReplyDelete
  7. Malaysia opts for self-healing grid to attract industry. Read here... http://eandt.theiet.org/news/2014/mar/malaysia-grid.cfm

    ReplyDelete

My friend say: