Monday, February 10, 2014

Inilah Penyelesaiannya

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihat tak? Sejujurnya aku agak letih pepagi ni. Semalam balik dari Perak kerana menghadiri kenduri kahwin. Cuaca yang panas buatkan kami agak keletihan sikit. Ini adalah kesudahan kepada kisah handphone aku yang rosak last week.
image: Google
Setelah mencuba mencari penyelesaian terbaik untuk handphone HTC aku tu, akhirnya terpaksa mengalah bahawa aku kena juga beli handphone baru. Jumaat lepas sewaktu rehat tengahari, aku ke Berjaya Times Square untuk pergi ke HTC Service Centre. Hajat dihati selagi boleh diselamatkan handphone tu, baik aku selamatkan ya tak. Makanya setelah menunggu giliran aku tiba selama 1jam 30 minit, aku pun menceritakan masalah handphone tu. Jawapan yang aku terima agak hampa kerana handphone tu dah takde warranty dan kalau aku nak baik juga mother board yang rosak tu, kena charge RM691. Erk...lagi RM9 cukup RM700 kot. Aku keluar je dari HTC dan call mak bagitau situasi handphone tu. 

Mak gelakkan aku dan cakap "Beli je la handphone baru Nim". Haa..itulah jawapan mak yang buat aku tergelak sama. Oh ya, simkad aku yang problem tu pun tak setel lagi sampai hari ni kerana ada error. So, aku kena ke maxis center untuk setelkan masalah tu. Hmm..

Sudahnya, hari Sabtu selepas selesai bengkel di Korea Plaza, aku, cik kembar dan kakak sulong ke Wangsa Walk untuk membeli handphone baru. Plan asal nak ke Low Yatt plaza tapi masa tak mengizinkan sebab cik kembar on-call malam tu. Disebabkan aku memang dah ada plan nak beli handphone apa seperti yang aku ceritakan kat SINI, jadi senang sikit urusan nak membeli tu. 

Alhamdulillah, akhirnya aku beli Samsung Galaxy S4 setelah mendapat harga yang menarik dan gift yang memang best. Hihihi. Nombor pun beli yang baru. Habis cerita. So, sekarang ni dah bernyawa balik aku kiranya. Takdelah mak risau sebab susah nak contact aku. Terima kasih pada mak, cik kembar dan kakak yang banyak tolong aku. Thanks juga kat korang semua yang banyak bagi pendapat kat aku. Aku hargai semua itu.

Okay...till meet again

25 comments:

  1. Heeeee~
    Bestnyaaaa kak ainim.
    Hihihi tapi mahal betul nak repair kan. Betul lah tu beli je phone baru hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akeyla..best mmg best tp duit yang melayang pun best..hahah

      Delete
  2. waa... snap picca ngan hp baru la pas ni...hheee

    ReplyDelete
  3. handphone smartphone biasanya nak baiki memang mahal...jalan terbaik beli baru.harag repair dah dekat sama dengan harga hp smartphone baru.

    ReplyDelete
  4. yeayyyy dah ada hp baru, barulah boleh What's App2 dan Instag2 dengan Aunty Anim... *_^ Ash rindu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Mummy Ash. Happy sesangat..weeeee

      Delete
  5. mahal kalau nak betulkan..jadi kak anim beli handphone baru yer ^_^

    Hari ini last untuk vote, Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Acik..akak beli hp baru je. Akak dah vote utk acik ya

      Delete
  6. bestnya.. teringin nak pakai jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg best kak. Boleh je nak pakai kak tp kalau dapat s5 lagi best

      Delete
  7. ehemm..ehem...ada bau kedai..huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem ehem..bau kedai tak ilang lagi ni.hahaha

      Delete
  8. akhirnya tercapai jua yea Ainim.....wechat ler kat akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tercapai itu pun sebab terpaksa kak..meh sini id akak

      Delete
  9. ehemm ada hp baru dah ye kak hehe ^^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah hp baru... s4 mmg berbaloi dari segi applikasi penggunaan & harganya.. kameranya pun ok sgt.. all the best.. :)

    ReplyDelete
  11. kak, sy kan kalau rasa fon sedia ada tu nk dibaiki hrganya mahal, sy beli je fon baru..
    cuma belum mampu la nak beli yng mhal camtu..hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads