Sunday, February 16, 2014

Duduk Rumah Je La


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada korang yang komen kat entri aku pagi tadi. Terima kasih juga pada Kak Aida Zureen yang bagi pesanan kat whatsapp. 
image: Google
Aku ambil keputusan untuk duduk rumah je jaga mak. Kalau aku keluar tapi hati tak senang tak best juga kan. Memanglah kalau ikutkan takde la nak buat apa-apa selain buat kerja-kerja rumah. Mak pun berehat je sebab kaki sakitkan. Tapi, at least kalau ada apa-apa hal, ada la orang kat rumah. Betul tak?

Bengkak kaki mak surut sikit tapi masih lagi tak boleh nak jalan sangat. Mak pun lemah je aku tengok. Itu pun mak bawa-bawa juga duduk kat sofa. Ambil angin dari balkoni rumah. Alhamdulillah..angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman je rasa.

Aku sebenarnya plan nak keluar mencari baju untuk kenduri kahwin Kak Aida Zureen minggu depan dan cari material untuk projek yang aku sedang buat. Hmm..tengok dululah keadaan mak macam mana. Kalau tak okay sangat lagi, aku cari hari jumaat ni la. 

Okay...till meet again

8 comments:

My friend say: