Tuesday, February 04, 2014

Disconnected

Assalamualaikum...
Tajuk kat atas tu dah cukup menerangkan keadaan aku sekarang ni. Hari apa ek aku ada cerita yang handphone aku rosak. Hmm..cerita handphone rosak tak berakhir disitu saja. Memandangkan aku ada handphone samsung monte, so aku pun try la nak guna handphone tu dengan harapan supaya ada back up. Tapi simkad tak detect la pulak.

Petang tu juga kembar suruh pinjam tab dia dan okay simcard detected. Aku pun rasa legalah sebab ada la nyawa sikit walaupun contact semua lost. TETAPI, start hari ahad, simcard tak detect la pulak. Sampailah hari ni, aku tiada handphone dan tiada berhubung dengan sesiapa melainkan guna internet kat rumah tu. Oh...kesiannya diri ini.

Pagi tadi pun aku try lagi keluar masuk balik simcard, siap bersihkan simcard yang memang dah bersih sangat tu. Tetap hampa juga. DISCONNECTED. Terus call mak guna telefon opis dan bagitau yang simcard pun ada problem kot. Huhu..sedihnya. Susahlah nak contact mak macam ni. Terbedit-bedit mata tengok tab tanpa mampu buat apa-apa melainkan main game. Hmm..manalah aku reti nak main game yang kembar install dalam tab ni. 

Sekarang ni, aku rasa kena beli no baru dan yang penting handphone sekali. Nak buat urusan maybank2u pun tak dapat tau. Aduhai la Ainim...dugaan lagi untuk kau. Sabar ek..sabar..Doakanlah aku cepat dapat beli handphone baru ya. Mak kata kena beli minggu ni juga..susah kalau ada emergency. Baiklah..aku nak kemas tempat sebelum balik. Malam ni ada keje nak menulis pulak. 

Okay...till meet again

7 comments:

My friend say: