Monday, February 03, 2014

Dating Bersama Rakan Blogger

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Huih...seharian tak ada entri baru. Maaf ya sebab tak berapa sihat tambahan ada urusan diluar hari ni. Ya lah, Wilayah Persekutuan cuti, jadi dapatlah selesai serba serbi urusan yang perlu. Dah jom mula cerita.

Ehem..seperti yang aku ceritakan dientri pagi semalam, aku ada ceritakan yang aku akan bertemu dengan beberapa rakan blogger. Blogger yang aku maksudkan ialah, Sally Samsaiman, Dayang Deno dan Aisya Ahamad. Sebenarnya dah lama plan nak jumpa Deno dan memandangkan Deno berada di KL, jadi adalah peluang nak berjumpa dengannya. Kebetulan pula Sally dah plan nak jumpa Aisya, so kami pun apa lagi, berkumpul sekalilah jawabnya. Hihihi.

Pertemuan kami di D Curve, Damansara. Deno datang dengan ditemani kakaknya dan Aisya dengan kawannya. Di D Curve tu kami pilih untuk lepak kat Paddington House of Pancake. Aku dan Sally sampai dulu kemudian diikuti Deno dan kakaknya dan kemudian Aisya dan kawannya. First time jumpa tau kami semua ni kecuali aku dan Sally ye sebab kami selalu jumpa. Hihihi..
 
Seronoknya berjumpa dengan dorang ni. Walaupun pertama kali berjumpa tapi macam dah kenal lama je. Ya lah, kami kan kenal melalui blog. Bila ada peluang berjumpa ni, memang rasa tak nak lepaskan peluang. Deno orangnya kecik molek je. Sama juga dengan Aisya, alahai.....macam budak sekolah je. Okay..di antara kami semua, aku paling senior. Hihihi. 

Banyak yang kami perbualkan. Macam-macam topik tau. Mendengar Deno berkongsi pengalaman dia sebagai pesakit SLE, memang rasa bersyukurnya aku dikurniakan kesihatan yang baik. Hmm..tapi aku kagum sangat dengan semangat Deno. Bayangkan, 15 tahun sakit SLE, Deno mampu hadapi semua dugaan sakit itu. 
 

Kami berbual-bual lama juga dalam beberapa jam sampailah Deno minta diri untuk pulang kerana perlu buat CAPD. Sebelum berpisah, kami macam biasa, bergambarlah. Hihi...buat kenangan katanya. In Shaa Allah, andai ada peluang, harap dapat ketemu lagi.
Okay...till meet again

6 comments:

  1. Ade jodoh kite jumpe lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Aisya....kita jumpa lagi ya

      Delete
  2. Bestnya. Tak pernah jumpa rakan blogger. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. bestnyer dpt jumpa gather2 bersama...hehe

    ReplyDelete
  4. So sweet....dapat jumpa berjimba sakan....

    ReplyDelete

My friend say: