Friday, February 07, 2014

Cari Penyelesaian Terbaik

Assalamualaikum...

Entri ni masih berkaitan dengan handphone kesayangan aku. Maaflah kalau korang jemu ya. Sorry bebanyak ek. Semalaman aku berfikir semalam..okay..acah je. Macam ni, tengah aku dok survey-survey handphone baru kat incik google semalam, tetibe je hati aku cakap sendiri. "Nim, kalau kau tak cuba pergi HTC, kau tak tahu apa masalah sebenarnya handphone kau tu. Kesian dia..mesti dia sayang kat kau lagi." Haa..sampai begitu sekali aku bermonolog ala-ala dalam novel tu. Cewah.

So, dalam tangan masih lagi dok klik sana sini tengok handphone yang menarik kat internet ni, aku bermonolog lagi. "Manalah tahu, kalau handphone ni dapat dibaiki, boleh guna balik daaaannnnn...JIMAT la duit aku." Hahaha..itu perkara paling penting aku nak buat sebenarnya. Aku ni sebenarnya bukan jenis yang gila gadget (tapi aku suka explore gadget), sekejap nak tukar, asal keluar handphone baru tukar handphone. No No No..that's not me. Aku ni jenis manusia yang macam ni; asal aku ada handphone, boleh sms, boleh call, boleh amik gambar (camera itu penting untuk aku), boleh blogging..enough for me. Biarlah orang kata tak up to date ke apa..Do I care?

Jadinya, awal pagi tadikan aku ada update samada nak beli S4 ke S4 Zoom tu, sebenarnya inilah yang aku nak buat. Saja je nak tanya pendapat korang sebab kalau kata handphone aku tu tak boleh dibaiki, handphone barulah penyelesaian terbaik. Cumanya buat masa ini, penyelesaian terbaik kepada masalah handphone aku yang dah masuk seminggu ni ialah pergi ke HTC Centre, tanya apa macam mau setel masalah handphone ni. Sayang ooo..dah la baru setahun pakai, dengan camera handphone ni cantik sesangat. Kalah Note 2 kakak aku tau.

Begitulah bebelan aku buat kali ini. Again, sorry kalau korang rasa agak bosan baca kisah handphone ni. Dah nama pun personal blog kan, mestilah kisah peribadi jadi keutamaan untuk update entri. Korang doakan semoga handphone aku ni dapat diselamatkan ya. Thank you sudi baca

Okay...till meet again

26 comments:

  1. nak kena tukar yang baru tu ainim....guna samsung note 3....senang....huhu...tapi kena tengok budget jugak....aduhai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk isk..akak nak sponsor ye saya ye? hihihi

      Delete
  2. ikut cakap sally beli sony..akak up sikit sony xperia z, sebab boleh rendam dalam air...muahahahaha....

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah.. semoga hayat masih panjang hp tu :)

    ReplyDelete
  4. selagi bleh bjimat, bjimat jelah ainim...xyah membazir..amalan syaitonnnn...nak kejar gajet terkini, memg x dan laaa...laju sgt..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang jenis tak kejar gadget eza. biasa2 je

      Delete
  5. salam. moga hp tu dapat diselamatkan ye dear hehe salam jumaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itah, sedih tau..tak dapat diselamatkan

      Delete
  6. beli apa yang rasa mampu..hihi

    ReplyDelete
  7. g tengok dulu mana tau bole baiki...sayang...banyak jasanya tu...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya mama, tak boleh dibaiki dah

      Delete
  8. heheh..
    apa yg shark tahu kalau hantar kt center mmg lambt siap.
    HTC paling lambat dalam kes cmnie.
    phone HTC mmg best tp servis customer dia paling teruk.
    hope cik ainim kita kena stanby bersabar ler kalu hantar tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya Shark, nak baik kena charge dekat rm700..erk

      Delete
  9. samala la kita ainim..asal hf tu blh call sms gambar..dah cukup dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lya..kita memang jenis macam tu kan

      Delete
  10. hehe takpe kak anim. lagipun mmg kena pikir banyak kali nak hp ape :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, hp akak tak dapat diselamatkan

      Delete
  11. Kalau k idah selagi boleh pakai.. pakai jerr... try survey tengok repair braper RM... kalau x mahal sgt baik repair jer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Idah, saya dah pegi dah tapi kalau nak baiki, kurang rm9 je RM700 charge dia

      Delete
  12. Nk yg thn lasak better sony dr samsng...

    ReplyDelete
  13. In shaa Allah.. semoga dipanjangkan hayat hp tu.. :)

    ReplyDelete

My friend say: