Friday, January 03, 2014

Trofi Piala Dunia Brazil 2014 Berada Di Malaysia

Assalamualaikum...

Sebelum tu nak bagitau yang aku ni bukan peminat bola sepak tapi baru je kejap tadi tengok berita Wilayah di TV1 perihal trofi Piala Dunia Brazil kini ada di Malaysia. Rupanya sekarang ni berlangsung Siri jelajah trofi Piala Dunia Brazil 2014.

Dikhabarkan trofi itu tiba di Subang Skypark Terminal sekitar jam 2 petang tadi dan akan dipamerkan  di Dewan Tun Husein Onn Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Januari 2014 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk rekod, siri jelajah ini mengambil masa sembilan bulan dengan 88 buah negara menjadi persinggahan. Malaysia merupakan negara ke -56 dalam siri jelajah ini. 

Sumber : SINI

Wah..ini confirm sesak PWTC ni. Mesti peminat bola takkan melepaskan peluang untuk melihat secara live trofi tu. Kalau aku yang bukan peminat bola pun teringin nak tengok, alangkan dorang yang minat bola ni kan. Heheh. So, apa lagi, kosongkanlah jadual hari Ahad ni ya.

Okay...till meet again

6 comments:

  1. hai ainim. lama tak singgah. blog pun dah berubah wajah. hehe. nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ros..haah, lama tak nampak ros. Busy ek. Hehe..tahun baru azam baru

      Delete
  2. ehemm...ehem....anim g tgk ke..? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Macam nak tapi tak larat nak mengharungi crowd tu nanti..huhu

      Delete

My friend say: