Monday, January 06, 2014

Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya

Assalamualaikum...

Rasanya mungkin aku yang agak lambat dengan berita ini namun aku tetap ingin kongsikan berita gembira ini dengan kalian semua. 

Tidak silap aku, rasanya dah kecoh tentang bantahan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membawa kepada wujudnya sebuah page di Facebook Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya yang kini telah pun mencecah lebih sembilan ribu (9000) 'LIKE'. Nyata, bukan sahaja penduduk di Putrajaya, malah rata-rata masyarakat terutama Muslima membantah pembukaan cafe ini. 

Melalui satu berita di SINI, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat melalui akaun Facebook beliau memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. 

Baguslah bila beliau sanggup memohon maaf dan mengakui kesilapan ini. Sebagai sebuah bandar pentadbiran kerajaan persekutuan dan majoriti penduduk adalah orang Islam, pembukaan Hard Rock cafe ini sememangnya tidak wajar diteruskan. Jika dibuka, ia secara tidak langsung akan menggalakkan maksiat berleluasa di Putrajaya. 

Tahniah kepada masyarakat yang begitu peka dengan isu semasa dan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya menerima teguran dan pendapat masyarakat. 

Okay...till meet again

6 comments:

  1. Oh saya pun baru dengar cerita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi perkembangan terbaru macam tak best je

      Delete
  2. berita sensasi nie...tapi dengan menteri adnan cakap lain pulak....aduhai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..tak suka la dorang ni cakap bolak balik

      Delete

My friend say: