Thursday, January 30, 2014

The International Sustainable Summit (ISES) 2014

Assalamualaikum...

Di sini aku ingin berkongsi satu maklumat dengan kalian semua.
SEDA Malaysia
The 2nd International Sustainable Energy Summit (ISES) 2014 akan dianjurkan buat kesekian kalinya pada tahun ini. Merupakan 'biennial event' atau setiap dua (2) tahun sekali, persidangan ini yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia akan diadakan pada 18 & 19 Mac 2014 bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor.

Disokong sepenuhnya oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), penganjuran buat kali kedua ini mengambil tema 'Currency of Autonomy: Sustainable Energy' sejajar dengan visi SEDA Malaysia untuk menggalakkan penggunaan tenaga mampan sebagai sebahagian penyelesaian ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi.

ISES 2014 juga merupakan platform dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan perkembangan terkini dan pengetahuan mengenai 'renewable energy' (RE) dan 'energy efficieny' (EE) yang akan dikongsi oleh pakar-pakar industri dari dalam dan luar negara. SEDA Malaysia sendiri akan memberikan perkembangan terkini berkenaan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan pembangunan RE dan EE di Malaysia.

Penyertaan masih lagi terbuka kepada yang berminat terutama kepada pemain industri berkaitan. Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Sedikit perkongsian mengenai aturcara persidangan ini.
SEDA Malaysia
Siapakah tulang belakang disebalik penganjuran ISES 2014 ini? Siapa lagi kalau bukan Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed- in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Program Feed-in Tariff Malaysia mewajibkan 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB, NUR Distribution Sdn. Bhd. dan SESB untuk membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber Ttenaga Boleh Baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Berbalik kepada ISES 2014 tadi, buat yang berminat untuk menyertai persidangan ini, masih boleh mendaftar sebagai peserta dan buat mereka yang ada syarikat berkaitan dengan RE dan EE ni, mungkin boleh sertai 'exhibition' yang akan turut diadakan sempena persidangan ini. Buat yang berminat dan ingin mendaftar sebagai peserta, boleh layari laman web ISES 2014 di www.ises.gov.my .

Diharap maklumat yang aku kongsikan ini dapatlah memberi penerangan dan sedikit maklumat berkenaan persidangan ini. Manalah tahu, mungkin ada dikalangan korang pun turut mencari informasi berkaitan ISES 2014 ni kan. Anyway, thank you for spending your time reading this entri.

Okay...till meet again

11 comments:

My friend say:

Nuff Ads