Monday, January 27, 2014

Tampil Berseri Dengan Ephyra

Assalamualaikum...
skin supplement
Semalam di entri INI, aku saja je buat korang berteka-teki akan apakah yang dalam bungkusan tu. Bagi teaser sikit kononnya. Hari ni meh aku nak reveal sikit apa sebenarnya yang ada dalam bungkusan tu.
 minuman kesihatan
Taraaa!!! Haa..ni la dia yang dalam bungkusan tu. Ephyra. Aku yakin ramai dikalangan korang yang berada dalam dunia blog ni dah tahu mengenai Ephyra ini. Aku? Mestilah tahu jugakan tapi tak pernah la consume Ephyra ni..Oppss...tapi aku pernah rasa sekali minum Ephyra ni sebab KaK Mia Liana pernah bagi cuba suatu ketika dahulu. First time rasa, wow..sedap betul. Macam minum air oren je. Sekali minum pun kesan dah terasa tau. 

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk mencuba produk keluaran Oceanlife2u ini selama sebulan. Meaning that, 30 sachets equal to one premium pack. Takkan nak tolak kalau dah diberi peluangkan?. Aku pun terima je lah dengan hati terbuka dan berbunga. Inilah dinamakan rezeki berblog. Ayat cliche tapi inilah realitinya.  

Haa..kepada korang-korang yang masih belum kenal atau hendak lebih mengenali Ephyra ni, apa kata kita berkenalan dulu dengan Ephyra ni. Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang boleh merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Sebagai pengguna terutama kita yang beragama Islam ni, penting untuk memastikan sesuatu produk yang kita guna tu Halal dari segi syarak. Ye lah, takkan nak main hentam keromo je, jadi darah daging tu. Makanya, kalau consume Ephyra ni, tak perlu risau sebab ianya telah terbukti Halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM. 
Supplement halal
Sekarang ni dipasaran dah banyak produk kolagen tapi berbezanya dengan Ephyra kerana produk ini;
  • menggunakan kolagen ikan laut dari jenis "white fish" yang hidup di laut dalam di mana ikan di perairan laut dalam adalah bebas daripada pencemaran.
  • EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil dan mudah diserap oleh badan. 
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap. Inilah yang patut diketahui oleh pengguna. Ramai yang mengambil kolagen tetapi lambat kesannya kerana faktor berat molekul kolagen yang tinggi mengakibatkan sukar untuk diserap. Berat molekul kolagen sesuatu jenama produk diukur dalam unit DALTON (Da). Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesannya.
  • Saiz collagen EPHYRA = kurang dari 1500 Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Dengan minum EPHYRA kesannya boleh dilihat seawal 7 hari.
  • Kandungan kolagen EPHYRA adalah cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan berterusan. Perlu diingatkan, pengambilan kolagen yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang.

EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Menariknya, antara kelebihan yang korang rasai bila mengamalkan meminum Ephyra ini; 
  • Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga.
  • Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut. 
  • Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA
  • Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah
  • Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi
  • Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata
  • Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah

Dah ramai sebenarnya yang consume Ephyra ni dan melalui testimoni mereka, ianya sangat memberi kesan yang positif dari pelbagai segi. Oh ya.. Ephyra ni sesuai bagi lelaki dan perempuan dan juga semua peringkat umur. Oleh sebab itu jugalah kenapa aku menyahut cabaran untuk mencuba produk Ephyra ini selama sebulan. Aku pun nak juga tampil berseri dengan Ephyra. Aku yakin ianya akan jadi kenyataan. Cumanya kesan penggunaan Ephyra ni berbeza mengikut individu dan dapat dilihat seawal hari ketujuh. Haa..akan aku share perkembangan aku semasa dalam tempoh percubaan ini. 

flawless
Aku ada berita baik buat semua rakan dan juga pembaca blog ini kerana korang boleh dapatkan produk Ephyra ini dengan harga yang istimewa. Kalau dah pernah consume atau baru first time nak cuba Ephyra ni, boleh hit SINI. Ephyra ni didatangkan di dalam dua package iaitu Trial pack (10 sachets) dan juga Premium pack (30 sachets).
KHAS BUAT PENGUNJUNG BLOG AINIM RASHIHAH,
DAPATKAN EPHYRA ANDA DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA 
HANTARKAN PESANAN ANDA DENGAN MENGISI BORANG 
INI

Okay...till meet again

20 comments:

  1. Wahhh. Ramai yg dapat jadi testimoni produk ephyra..

    ReplyDelete
  2. teringin gak nak consume ephyra ni, soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli dengan saya...dapat harga istimewa tau

      Delete
  3. Yeay! Lepas ni muka flawless la dia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah...kita sesama flawless ya Sally

      Delete
  4. ramai yang dapat...termasuk saya :D

    ReplyDelete
  5. Wah, jadi teringin nak cuba. Saya nie jenis yang tak layan sangat dengan supplement sebab hari tu saya ada try satu supplyment. Rasa dye macam entah apa2 jew. Bila dengar sedap. Rasa nak jugak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isabel, saya boleh jamin yang rasa dia tak seperti minuman supplement yang lain. Memang sedap..sama macam minum air oren je.kalau nak tanya apa2, boleh emel saya...ada kat contact me ya

      Delete
  6. dah semakin popular produk ephyra nie.....

    ReplyDelete
  7. errr.. kalau laki minum...nanti flawless jugak..?

    *kena panggil jambu lak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah En. Wafa..untuk kesihatan sebenarnya minuman ni. Nak cuba tak?

      Delete
  8. memang berseri² la ainim lepas ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..In Shaa Allah Fizah..kita tengok keputusannya camane ya

      Delete
  9. eiqa ade dengar cerita pasal nie tp takutt. hehee
    eiqa ade bce comment akak kt atas tu...
    akak jual yee.??
    nnti eiqa interview akak. ngeh3x..

    ReplyDelete
  10. nanti eiqa nak try laa minum ephyra ni, ramai yg cuba mmg bagus kesannya.

    ReplyDelete

My friend say: