Monday, January 06, 2014

Super Junior Leeteuk Kehilangan Bapa, Datuk dan Nenek

Assalamualaikum...

Perkhabaran sedih buat semua fans Super Junior hari ini apabila ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk kehilangan 3 ahli keluarganya serentak dalam satu kemalangan di Korea Selatan. 3 ahli keluarga yang terlibat ialah bapanya, datuk dan juga neneknya. Leeteuk dilaporkan segera pulang setelah menerima berita kemalangan itu. Untuk rekod, beliau masih berada dalam perkhidmatan tentera. 

#StayStrongLeeteuk
Sumber : SINI
Sedih, terkejut dan speechless. Itu yang mampu aku katakan. Kehilangan tiga orang kesayangan dalam hidup sekali gus memang sesuatu yang amat berat untuk diterima. Sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman yang sama, aku faham apa yang dirasai oleh Leeteuk buat masa ini. Kehilangan bapa yang paling banyak beri sumber inspirasi dalam hidup, pastinya amat sukar untuk diungkap perasaan itu.

Sebagai peminat, aku berharap Leeteuk akan kekal kuat demi ibu dan kakaknya. Melalui pembacaan di Twitter, ibu Leeteuk yang semasa kejadian berada di Kona Bean (cafe milik 3 ahli SuJu termasuk Leeteuk) amat terkejut dan hampir pitam. Ibu Sungmin yang membantu beliau. Kesemua ahli Super Junior juga turut terkesan dengan kehilangan ini. Maklumlah, mereka sememangnya sangat akrab ibarat ahli keluarga sendiri.

Aku tak nafikan yang aku turut bersedih. Tahan air mata je ni. Simpati sangat dengan keadaan leader kesayangan kami ni. Hanya takziah yang mampu aku ucapkan buat beliau. Semoga beliau kekal kuat dan tabah menghadapi dugaan berat ini.

12 comments:

  1. kesian lee teuk.. bila lah dia nak kuar tentera.. lame x nampak.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian sangat Uks..dia kuar army bulan julai nanti

      Delete
  2. Replies
    1. sangat kesian zam..tak sampai hati tengok keadaan dia

      Delete
  3. Ohh...nampak Twitter trending...mulanya tak perasan....ajal maut...semoga tabah la hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..memang heboh kat twitter Sally

      Delete
  4. kesiannya. hmm semoga tabahlah hendaknya. T_T

    ReplyDelete

My friend say: