Friday, January 17, 2014

Solat Istikharah

Assalamualaikum...
image: Google
Salam jumaat semua.. sihat ke? Alhamdulillah.. Sedikit lewat update blog hari ni. Selalu pepagi buta dah update entri ye tak. Sebenarnya hari ini aku tertarik untuk menulis mengenai Solat Istikharah. Rasanya macam dah lama tak update perkongsian ilmu dengan korang kan? 

Sebelum itu, kalau sebut solat Istikharah, apa yang ada dalam fikiran korang? Yang pertama sekali mesti soal jodoh kan? Aku dulu pun selalu berfikir begitu. Ya lah, selalu dok tengok dalam drama orang buat begitu even kakak aku sendiri pun buat solat istikharah masa nak berkahwin dulu. Sebenarnya, solat istikharah itu tidak tertakluk sekadar meminta jodoh sahaja memandangkan istilah sebenarnya "Istikharah" itu sendiri bermaksud meminta pilihan yang baik. Maka, skop solat istikharah itu sebenarnya luas dan bukan hanya apabila untuk memilih jodoh. 

Amalan solat istikharah ini amatlah digalakkan sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Jabir R.A. ia berkata, “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa."

Oleh kerana itu, solat istikharah dilakukan apabila kita tidak pasti akan sesuatu perkara atau pekerjaan yang ingin kita lakukan samada ia membawa kebaikan atau sebaliknya. Maka solat istikharah perlulah dilakukan dalam kita meminta petunjuk dan redha Ilahi. Sebaiknya lakukan solat istikharah ini ditengah malam selama 3 hari berturut-turut. Hasil dari solat istikharah ini mungkin berbeza bagi setiap yang melakukannya. Mungkin ada yang dapat mimpi atau mungkin juga gerak rasa hati. 

Sumber rujukan di SINI

Solat istikharah itu ibarat penghubung antara kita dengan Allah dalam meminta pertolongan dan bantuanNYA. Walau bagaimanapun, setiap petunjuk itu, samada baik atau buruk, kita sandarkan segalanya kepada Allah SWT kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hidup kita. Wallahualam

7 comments:

  1. Blogwalking sebelum ke Solat Jumaat..

    ReplyDelete
  2. kalu dulu solat istikharah bila nak ambil exam besar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe Fizi..asalkan kita sentiasa ingat untuk bersandar pada Allah

      Delete
  3. dulu istikharah masa nak pilih...sambung belajar ke sambung je kerja... :D

    ReplyDelete
  4. Nice sharing... Istikharah jalan utk.keluar dr dilema..

    ReplyDelete

My friend say: