Thursday, January 02, 2014

Selamat Malam Semua

Assalamualaikum...

Sekarang jam dah menghampiri pukul 12am. Siang tadi aku agak busy di pejabat sehinggakan tak dapat nak blog walking sangat. Mana yang sempat aku terjah, mana yang belum aku cuba buat malam ni. Tapi mata ni dah bagi isyarat suruh tido. 


Siang tadi aku dok menghadap training system dari pagi sampai la petang. Bukan apa, sistem tu dah nak kena tutup sebab nak bagi laluan untuk data 2014 pulak. Kiranya yang sekarang ni aku dok key-in untuk training 2013 lagi. Itu memang kebiasaan bagi kami sebab sebelum tahun berakhir, kami akan hantar notifikasi kepada semua pegawai dan kakitangan supaya memastikan jumlah latihan mereka adalah lengkap. Kalau ada latihan yang hendak didaftarkan ke dalam sistem, kenalah bagi emel permohonan tu kat unit kami atau secara spesifik, aku. Kenapa aku? Sebab aku antara orang kuat dok jaga sistem tu. 


Jadi bila dah nak tutup sistem ni, ramai pulak yang minta masukkan training dorang dalam sistem supaya dorang boleh kemas kini training card dorang. Haa..dah keje kan, buat je la. Cepat atau lambat ikut pada senarai latihan yang dorang bagi dan juga maklumat yang diberi. Kalau dapat officer yang bagus, dorang bagi complete info tapi ada juga yang bagi tak lengkap. So, aku kena pulak get back dengan dorang. 

Eh..apa aku cerita pasal keje ni? Alaaa..sorry ek. Dah mengantuk sangat ni, tu yang melalut ni. Maaf la ye. Nak masuk tido sebab esok nak kena pergi pusat service Perodua. Cik Minnie request nak service dia. Hehehe..so, aku nak belai Cik Minnie aku tu. Eh... Cik Minnie tu keta pink aku la. Hahaha

Baiklah.. Selamat Malam semua.. Assalamualaikum.

Okay...till meet again

4 comments:

  1. Replies
    1. apa maksud tu Zam? Tak faham..hehehe

      Delete
  2. selamat malam, eh tak selamat pagi dah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga cakap.. Selamat petang Alyn. Eh, dah sama nama dengan kawan kita la

      Delete

My friend say: