Friday, January 31, 2014

Rasional Kenaikan Kadar Surcaj RE Fund 1.6% Pada Bil Elektrik

Assalamualaikum…

Rasanya rata-rata dikalangan kalian mesti ada yang sudah maklum dengan kenaikan surcaj 1.6 % (KWTBB /RE Fund) pada bil elektrik yang bermula pada Januari 2014. Kenaikan ini telah diumumkan oleh Menteri bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada 2 Disember 2013. Ini bermakna jumlah surcaj sebelum ini pada kadar 1% akan menjadi 1.6% dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

1.6%? Kenapa naik? Mengapa perlukan kenaikan ini? Haa..disini aku ingin kongsikan dengan korang rasional kenaikan kadar surcaj ni. Seperti yang kita semua maklum dan aku pernah juga terangkan pada artikel sebelum ini, surcaj ini dikenakan kepada pengguna domestic dan juga Sabah dan  WP Labuan dimana penggunaan elektrik yang mencecah 300kW atau RM77 bil elektrik sebulan, Namun begitu , bagi industry mereka tetap akan dikenakan surcaj . Kemanakah perginya wang kita yang disurcaj itu? Sebenarnya wang surcaj itu bukan diambil kerajaan secara suka-suka tetapi ianya akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB/RE Fund). 

Apa pula yang KWTBB akan buat dengan wang tersebut? Haa..Setiap wang yang disalurkan ke KWTBB, dana tu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek berhubung inisiatif Tenaga Boleh Baharu (TBB). Ada tiga (3) sebab utama kenapa inisiatif TBB perlu dilaksanakan.

1) Mencapai Jaminan Tenaga
Malaysia kaya dengan sumber asli bahan api fosil dan bergantung kepada sumber-sumber tersebut. Walau bagaimanapun, sumber bahan api fosil di negara ini semakin berkurangan dari masa ke semasa.

2) Mencapai Autonomi Tenaga
Penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan secara optimum dalam jangka masa panjang adalah amat penting bagi negara. Peningkatan penggunaan sumber boleh baharu menyumbangkan kepada autonomi tenaga dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan .

3) Mengurangkan perubahan iklim
Para saintis telah mengenal pasti kaitan antara pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan perubahan iklim.Perdana Menteri telah menyatakan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pembebasan GHG sebanyak 40% berbanding Indeks KDNK menjelang tahun 2020 di sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen pada bulan Disember 2009.

Sehingga akhir Oktober 2013 dijangka sebanyak 1.8% dari jumlah keseluruhan kapasiti tenaga yang sedang dijana jdaripada jumlah keseluruhan kapasiti TBB yang beroperasi (dibawah Tarif Galakan).

Sekadar makluman, penambahan kutipan surcaj 0.6% adalah bersamaan dengan RM300 juta setahun. 

Bercakap mengenai Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT), ia adalah satu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' seperti TNB/Nur Distribution membeli elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu daripada pengeluar tenaga boleh baharu dan menetapkan kadar FiT. DLs akan membayar kadar pengeluaran tenaga boleh baharu yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Dengan jaminan akses grid dan penetapan harga bagi setiap unit tenaga boleh baharu, mekanisme FiT akan memastikan tenaga boleh baharu mampu berdaya saing dan memberi pelaburan jangka panjang untuk syarikat industri dan juga individu. Program Feed-in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011 ini ditadbir dan diselaraskan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia. 

Diharap penulisan ini dapat menjelaskan mengenai rasional kenaikan surcaj ini. Kalau inginkan maklumat lebih jelas dan cara pelaksanaan FiT ini, kalian boleh layari laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my

Okay…till meet again

10 comments:

  1. Oh...
    Thanks share kak ainimmmm <3

    ReplyDelete
  2. nak tanya kenapa pengguna perlu menanggung kos2 promosi dan pembangunan seperti yg dinyatakan. kenapa pula perlu naik surcaj sehingga 0.6%. adakah di masa hadapan, jika tarif naik, berkemungkinan surcaj juga naik.
    boleh jawab wahai adik ku...hehehe..

    ReplyDelete
  3. wah, penerangan yang cukup terperinci sekali..hehehe

    ReplyDelete
  4. salam...ayu blogwalking sini... ada masa nanti sudi2kan lah join segmen ayu ye...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/01/segmen-blogwalking-cny-bersama.html

    ReplyDelete
  5. rumah saya bil letrik bawah paras rm5.
    bil air je byk sikit.
    so, xyah bayar la..hehe

    ReplyDelete
  6. masalahnya wang cagaran disimpan oleh TNB tak dibayar faedahnya kepada pengguna. klu wang itu digunakan lebih baik daripada mengenakan charge yang pelbagai.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads