Tuesday, January 14, 2014

Projek Kemas Mengemas Part 2

Assalamualaikum...

Pada malam tahun baru yang lepas aku ada bercerita tentang Projek Malam Tahun Baru 2014 yang aku dan cik kembar buat. Sebenarnya projek tu tak abis lagi sehinggalah pada dua minggu yang lepas aku dan kembar keluar dengan kakak untuk membeli dua rak buku yang baru demi untuk menjayakan projek kemas mengemas kami tu. Ala..kitorang takde la beli rak buku yang mahal-mahal tu. Setakat beli yang jenis DIY sebab kami boleh decorate letak ikut suka hati je nanti. 

Dah siap je pasang almari tu, kami pun mulakan sesi kemas mengemas. Haa.. aku tak nak letak gambar buku-buku yang kami punggah tu sebab mesti korang pengsan tengok sikit punya banyak barang-barang sampai takde tempat nak duduk. Bukan buku je yang banyak tapi barang-barang lain pun banyak juga. 

Kami kemas sana kemas sini, susun sana susun sini. Mana yang tak nak guna kami siap2 letak dalam beg plastik sampah. Mana yang tau kami akan jarang sentuh atau buka kami letak di rak paling bawah sekali. Setelah beberapa jam....inilah hasilnya.
Amacam? Okay tak? Bolehlah kan. Bilik cik kembar pun tak besar sangat. Jadi bila letak susun atur begini, dapatlah jimantkan ruang dan beri lebih ruang untuk letak buku-buku ni. Bukan buku je, cd, dvd dan macam-macam lagi boleh letak. Begitulah selesainya projek kemas mengemas kami. 

Okay...till meet again
ps/: nak beli rak tu lagi dapat gaji nanti..hehehe

7 comments:

  1. pasni x le semak lagi kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau ada rak buku-buku tersusun dan mudah dicari.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak..mata memandang pun tak rasa semakkan

      Delete
  3. Wah.. rajinnya... huhuhu.. abak slalu kmas,2 minit lpas tu bselerak..haha..laki kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abak, ni rajin setahun sekali ni..hahaha

      Delete
  4. wahhh...dah kemas daa...yg kemas seorg yg pakar selerak nya ramai (ceta dlm rumah akak..hehee)

    ReplyDelete

My friend say: