Thursday, January 23, 2014

Portal 1pengguna Untuk Semak Harga Barang

Assalamualaikum...
Aku yakin korang mesti terkesan dengan kenaikan harga barang yang semakin mendadak ni. Ibarat macam tak terkawalkan? Siapa setuju? Okay...tak payah angkat tangan ya. By the way, disini aku ada satu info yang nak share dengan korang. Seiring dengan komitmen kerajaan yang hendak mengawal kenaikan harga yang berleluasa ni, satu website telah diwujudkan untuk memudahkan orang ramai menyemak senarai harga barang. 

Menariknya, website yang dinamakan Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) ni, menyediakan senarai semak harga barang keperluan harian seperti ayam, ikan cencaru, bawang, cili dan banyak lagi yang dijual di pasaran mengikut negeri dan kawasan di seluruh negara, dengan harga dikemas kini setiap hari. Selain itu, portal ini turut menyediakan laman interaktif seperti forum dan laman sembang untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sumber rujukan: SINI
Haa...lepas ni kalau nak pergi pasar ke, nampaknya boleh check dulu harga kat website ni. Dah siap check harga boleh set bajet pulakkan. Oh ya, laman web ini dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Usaha ni dah bagus dah dan diharap dapatlah membantu kita sebagai pengguna merancang dengan lebih baik dalam perbelanjaan harian.

Okay...till meet again

4 comments:

  1. elok juga ada mcm nie blh semak harga barang keperluan harian

    ReplyDelete
  2. Satu usaha yang baik... harap berterusan..

    ReplyDelete

My friend say: