Sunday, January 05, 2014

Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2014

Assalamualaikum...
#VYMY2014

Semalam korang ada tengok perasmian Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang diadakan di Dataran Merdeka tak? Aku dapat tengok sikit-sikit je sebab malam tadi melayan drama Sekali Sayang kat TV3. So, pagi ni berhajat nak cari gambar-gambar sekitar perasmian program tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Menurut berita yang aku baca di SINI, acara tersebut telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan meriah. Bertemakan 'Celebrating 1 Malaysia, Truly Asia', program telah bermula seawal pukul 5pm dengan pelbagai acara dipersembahkan. Artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khadijah Ibrahim, Nash, Amy Search, Azlan & The Typewritter, Hafiz dan Najwa Latif turut memeriahkan acara sambutan ini. Selain itu, persembahan bunga api turut diadakan.

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku share daripada SINI
#VYMY2014
#VYMY2014
#VYMY2014
Semoga sasaran 28 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini akan tercapai.

Okay...till meet again


3 comments:

  1. hmm... mcm2kempen kan..tpi org Malaysia sndri suka g luar ngara...

    ReplyDelete
  2. akak jarang tengok tv sekarang ni.. betul tu, seeloknya cuti-cuti dalam malaysia.. :D

    ReplyDelete
  3. seronok lagi brcuti kat Malaysia kan

    ReplyDelete

My friend say: