Tuesday, January 21, 2014

PATI : Perlu Bayar Sendiri Kos Pulang

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Tarik nafas panjang-panjang..fuuhhh. Baru dapat buka blog. Masuk je ofis dah kena follow up agreement pelajar praktikal. So, sekarang baru dapat rehat sikit. Jom mulakan cerita.

Malam tadi semasa menonton berita, sempat jugalah lihat berita mengenai Operasi 6P Bersepadu yang bertujuan untuk menangkap PATI. Dalam kepala ni dah fikir, bila ek mula operasi sebab date bermula tu terlupa. Sekali tengok berita pepagi ni rupanya dah bermula operasi ni malam tadi. 

Majikan, pelindung dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap pada Operasi 6P Bersepadu bermula malam tadi perlu membayar sendiri kos penghantaran pulang ke negara asal mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, selain itu negara sumber juga akan diminta membayar kos penghantaran pulang PATI yang ditangkap dalam Operasi 6P Bersepadu seluruh negara itu.
Kata beliau, tindakan ini diambil agar kos penghantaran pulang yang tinggi ke negara asal PATI tidak akan membebankan kerajaan.

Berita selanjutnya kat SINI.

Haa..eloklah operasi membantera PATI diadakan. Rasanya sebelum ni dah pernah buat tapi yang aku setuju bila majikan, pelindung dan PATI tu sendiri kena biaya kos pulang ke negara asal mereka. Ya lah, banyak cantik, dah la datang negara orang tanpa izin, pastu nak hantar pulang guna duit orang. Oh tidak patut. Eh..teremosi kejap. Harapnya operasi ini akan mencapai kejayaan yang besar hendaknya.

Okay...till meet again 

15 comments:

  1. tau datang sendiri taulah balik sendiri ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...kalau tak, jangan datang sesuka hati tanpai izinkan

      Delete
  2. skrg nie memang banyak sangat pati kat negara kita huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nad sampai kadang rasa macam tak pelik, kita ni kat negara mana sebenarnya

      Delete
  3. tu la pasal siap gaku org sabah lg tak pasal2 kmi ni org sabah pon terkena tempias...kdg malu jgk bila kta ckp org trus org ckp bkn org indon ke? klu tgh mood tak baik mmg kena maki dgn sye bila tya soalan mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya boleh beza kalau org tu sabahan or indo sebab sabahan cakap style lain. kalau indon tu dah tau sgt.

      Delete
  4. Replies
    1. kan Kak Sue..setuju sangat buat operasi ni

      Delete
  5. Seorang PATI memakan belanja RM70/hari dalam tahanan,bayangkan sebulan ?itu baru seorang :) adakah ini antara punca tanggungan negara naik sekaligus beban perlu ditanggung rakyat Malaysia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya tak sure tapi yang pasti tetap beri kesan kepada kewangan negara. ini tidak adil..

      Delete
  6. sape suruh datang tanpa izin...meh kerja dgn company sally meh...passport bos buatkan...tapi kena byr tolak gaji laa...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...Wah, Sally promote company bos. Baguslah anda ni..hihihi

      Delete
  7. banyak sangat isu tentang PATI ni kan..

    ReplyDelete

My friend say: