Thursday, January 02, 2014

Nasi Goreng Ready Made

Assalamualaikum...

Korang kalau busy sangat-sangat, sempat masak tak? Aku ni kalau busy during weekend, dapur tak berasap pun. Hehe. Kadang tu keluar dengan family so memang tak sempat nak memasak bagai tambahan nanti takde orang nak makan. So, sebagai jalan penyelesaian untuk perut lapar tatkala dapur tak berasap tu, baik kita makan makanan yang ready made, tinggal nak panaskan je.

Kalau kat negara omputih tu, ada segala macam jenis makanan yang dah jadi ready made, tapi kat Malaysia ni dah mula nak membiak kategori makanan ready made tu. Korang cakap je, nak bubur? nak ayam goreng? korang nak nasi goreng? Eh..nasi goreng? Haa..meh sini aku cerita sikit

Sebenarnya semasa berlangsungnya Factory Outley Carnival di Menara MATRADE beberapa minggu lepas. Antara yang aku dan kembar beli ialah nasi segera ni. Product keluaran syarikat CP apa tah aku pun lupa. Syarikat ni keluarkan pelbagai makanan yang ready made seperti nasi goreng, nasi lemak dan nasi berlauk. So, yang aku dan kembar beli nasi goreng sosej, nasi lemak rendang ayam dan juga nasi dan kuah tom yam. Biasalah kitorang bab-bab membeli ni memang laju je, makan takde la laju pun.

So, pagi ahad lepas, saja je aku nak try rasa nasi goreng sosej. Senang je nak siapkan nasi ni. Biasalah, kalau dah ready made kan, korang tinggal nak panaskan je. Haha. Nasi ni cuma perlu dipanaskan didalam microwave selama 4 minit. Tapi sebelum tu, kena tebuk-tebuk sikit plastik penutup nasi ni. Dah siap tebuk, baru masuk dalam microwave. Tunggu 4 minit, siap. Dah boleh makan.

Sedap juga tau nasi goreng ni cumanya rasanya sebiji macam nasi goreng cina. Tak pedas. Jadi untuk orang yang suka pedas macam aku ni, aku letak la lada hitam. Baru ada pedas-pedas hangat sikit. Hehehe. Selain nasi goreng ni, nasi dengan tomyam pun sedap tau. Rasa tomyam dia sama je sedap macam masak kat rumah. 

Kalau korang nak try rasa, boleh beli kat pasar raya yang berdekatan. Tak silap aku hari tu, promoter tu cakap ada jual kat tesco. Korang carilah. Oh ya, makanan ni sesuai bagi mereka yang hendak travel ke luar negara. Selamat membeli dan mencuba ya.

Okay...till meet again

12 comments:

  1. dekat sabah jarang tapi da ada la suda cuma tak femes hihi :)

    ReplyDelete
  2. Wa.senangnya..tp syg..microwave pun takdo.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe dear..nnt kumpul duit beli microwave ya

      Delete
  3. serius senang gila hidup.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. selalunye duk rumah kena masak nasi dulu nak wat nasi goreng.
    kalo ade macam ne mudah la pasne..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nik..sesuai untuk orang bujang ni..haha

      Delete
  5. tapi...tapi umah kita takde microwave..hahaha..microwave dah meletup -_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..ye ke. kalau tak boleh beli ni kan

      Delete

My friend say: