Tuesday, January 07, 2014

Migraine Lagi

Assalamualaikum...
Image: Google

Selamat malam semua. Baru sempat nak update blog atau erti kata lain, larat sedikit nak update blog. Sebenarnya petang tadi kena serangan migraine. Sakit betul sampai rasa nak muntah. Dah la buat pulak takde. Lagilah seksa rasanya.

Plan asal nak balik lambat tapi disebabkan dah migraine terus je balik gerak balik dalam pukul 540pm tadi. Memandangkan keadaan hujan, jalan mestilah sesak kan? Cumanya yang paling tak best sebab jem agak luar biasa hari ni. Bayangkan dua jam memandu dalam keadaan migraine dan terpaksa mengharungi jem yang teruk tu. Ya Allah, sakitnya.

Aku cuma berbekalkan air mineral je sepanjang perjalanan pulang tu. Nak buat macam mana kan, dah terpaksa, redha je la. Tapi sikap segelintir pemandu yang biadap agak buat aku geram sikit. Nasib masih mampu bersabar. 

Sampai je rumah baring dulu. Tak larat dah. Sekarang  ni baru ada tenaga sikit nak update blog tapi lepas ni nak off sebab mata sakit menghadap cahaya. So, kena pejamkan mata la ni. Maknanya kena tido la.

Aku akan sambung blogging esok pagi ya. Maaf kawan-kawan, keadaan memaksa aku untuk berehat dulu. Kalau ada blog yang aku tak sempat nak balas kunjungan tu, maaf ya. In Shaa Allah, aku cuba buat esok. Jumpa esok ya.

Okay...till meet again

8 comments:

  1. Take a good rest Anim...jgn lupa makan ubat kalau sakit sangat...tapi dah nak tido tak yah mkn pun xpe kot..

    Get well soon ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sally..skang dah okay dah

      Delete
  2. sakit yg paling tension sbb time tension jer migrain heheh

    ReplyDelete
  3. get some rest akak.... semoga cpt sembuh ya kak...

    ReplyDelete
  4. akak selalu kena migraine...doktor cakap akak stress....then doktor suruh buat exercise....dah lama akak tak buat exercise.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa sebab saya kena cahaya matahari melampau kot kak

      Delete

My friend say: