Thursday, January 30, 2014

Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger: Cooltek House

Assalamualaikum...
Pada 18 Januari 2014, SEDA Malaysia telah membawa blogger dan kumpulan media ke Melaka untuk satu lawatan yang diberi nama 'Melaka World Solar Valley Tour Media & Blogger'. Kami bertolak dari KL Sentral kira-kira pukul 9am dan destinasi pertama lawatan kami ialah Cooltek House yang terletak di Tiara Melaka Golf & Country Club, Ayer Keroh, Melaka. Cooltek ini dimiliki oleh Puan Stephanie Mary Bacon dan mendiang suaminya, Harry Boswell.

Cooltek House ini direka khusus untuk penggunaan penghawa dingin secara berterusan. Bangunan ini direka tertutup bagi mencegah pengaliran udara sejuk dari penghawa dingin keluar. Rumah ini dibina ringkas dengan dekorasi minima bagi memastikan ianya adalah sesuai dengan reka bentuk cekap tenaga.

Menariknya mengenai rumah Cooltek ini, ia dibina dengan bercirikan cekap tenaga di mana lima aspek utama amat dititik beratkan dalam reka bentuk rumah iaitu Protection, Orientation, Insulation, Ventilation dan Investigation. Ciri-ciri khusus juga dilengkapi dirumah ini seperti bumbung keluli putih yang dilapisi aluminium foil reflektif berkualiti tinggi, tingkap yang hanya menghala ke arah utara dan selatan bagi mengelakkan pancaran matahari secara terus, pengudaraan dari bawah tanah yang baik dan beberapa ciri lain lagi.
Selain itu, Puan Stephanie juga turut mengaplikasikan peralatan yang mempunyai ciri-ciri cekap tenaga seperti penghawa dingin inverter yang terbukti cekap tenaga selain  perkakas elektrik yang turut bercirikan cekap tenaga seperti ketuhar gelombang mikro, peti ais dan lampu fluorescent.
Pada bulan Oktober 2007, photovoltaic (PV) solar telah dipasang di Cooltek dimana setiap panel berukuran kira-kira satu (1) meter persegi dan nilai kecekapan yang tertinggi sebanyak 11.9% dan mampu menjana tenaga dengan kapasiti 4.8kW. Melalui pemasangan PV Solar ini, Cooltek memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu iaitu cahaya matahari dan mampu menjana tenaga eletrik sendiri. Di bawah makenisme Feed-in Tariff (FiT) yang dikelola oleh SEDA Malaysia, 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu.

Kabinet juga pada dasarnya bersetuju dengan surcaj 2% ke atas bil elektrik pengguna tetapi hanya 1% pertama yang digazetkan dan dipungut daripada pengguna. Surcaj 1% ini dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj atau bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. Maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan kenaikan tariff ini juga boleh diperoleh melalui www.seda.gov.my .

Melalui pembelian elektrik daripada DLs ini, Puan Stephanie bukan sahaja dapat membekalkan tenaga elektrik buat kegunaan rumahnya malah turut mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB selain dapat memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu dalam kehidupan seharian.
Hasil usaha keras Pn Stephanie Bacon dan mendiang suaminya, Harry Boswell, mereka telah menerima anugerah 'ASEAN Renewable Energy Project Management Competition - On-Grid Category di ASEAN Energy Award Winner 2009 bersempena dengan 'The 27th ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM)' yang telah berlangsung di Vientiane, Lao PDR pada 27-28 Mei 2009.
Sumber rujukan : SINI
Ternyatalah, jika kita tahu bagaimana memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu, kita akan mendapat faedah jangka panjang bukan sahaja dari soal kehidupan harian malah kelangsungan alam juga dapat dikekalkan.

Lawatan kami tidak berakhir di Cooltek sahaja, tetapi ada dua buah tempat yang kami lawati dan akan aku ceritakan di entri seterusnya.

Okay...till meet again

10 comments:

  1. bagus kan rumah ni...bagus kalau ada yang ikut implement :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dapat juga jaga alam sekitar ni

      Delete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. bestnya :D teringin nak melawat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Nad..seronok tau. kawasan rumah dia berangin je

      Delete
  4. wow.. hebattt.. xsabar nak ikuti tempat seterus nya :)

    ReplyDelete
  5. wah...cik akak nak gi melaka gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ada rumah macam ni lagi best kak

      Delete
  6. Alhamdulillah..seronok.. harap-harap ada rzeki nanti..Amin ya Rabb

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads