Monday, January 27, 2014

Lunch Di ISTAC

Assalamualaikum...
Image: ISTAC Website
Entri ni patut update tengah hari tadi tapi memandangkan busy ya amat, sekarang baru dapat up entri ni. Siang tadi, untuk lunch, aku dan rakan-rakan ofis ke ISTAC, Kuala Lumpur untuk makan tengah hari. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami makan di situ tetapi telah menjadi antara tempat kegemaran kami untuk makan tengah hari di luar pejabat kerana tempat makan yang selesa selain menu yang dimasak begitu sedap sekali.

Kalau pergi ke ISTAC, aku pasti akan order chicken chop. Belum pernah lagi aku order menu lain selain chicken chop. Hmm..memang sedap sangat. Sos black pepper tu ngam ngam sedapnya. Takde la pedas pun tapi memang sedap tau. Harga pun sangat berpatutan. Aku kenal Cafeteria ISTAC ni pun disebabkan manager unit, Kak Aida. Dia yang bawa kitorang makan kat sini. Disebabkan itulah ia menjadi tempat kegemaran kami sejak pertama kali ke sana. 

So, hari ni aku, Ridzuan, Epul dan Wana ke sana untuk makan tengah hari. Menu wajib kami order, chicken chop kecuali Wana makan nasi putih dan sup ayam. Kalau korang yang kerja area Jalan Duta atau yang berdekatan tu, bolehlah ke Cafe ISTAC ni. Kalau first time sampai mungkin macam tak berani nak masuk sebab ianya ialah sebuah institusi pendidikan tetapi jangan risau, cafe tu terbuka kat orang awam juga. 

Okay...till meet again

5 comments:

My friend say: